Friday, October 21, 2011

Kuliah Maghrib JHEAT di Bukit Wan.

Para Pegawai JHEAT dan jemaah yang hadir pada bersama mengaminkan doa memohon keberkatan dunia dan akhirat pada Kuliah Maghrib sempena Program Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama ke Daerah Kuala Terengganu di Masjid Bukit Wan Batu Rakit.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 20hb Oktober 2011- Sempena Program Turun Padang Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) ke Daerah Kuala Terengganu, satu kuliah maghrib dan juga perjumpaan Iman/Bilal seluruh Kuala Terengganu telah diadakan di Masjid Bukit Wan.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Agama Haji Mohd Rodzali Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan.

Kuliah Maghrib ini telah bermula selepas solat maghrib dengan ucapan alu-aluan dari YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.Dalam ucapan yang diberikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap agar para jemaah yang hadir pada kuliah maghrib ini sentiasa menjadikan masjid sebagai tempat yang utama didalam beribadat. "Biarkan jiwa kita terasa janggal jika tidak ke masjid untuk bersolat dan perkara ini jika kita amalkan pasti akan menjadi sebati dengan kita" kata beliau.

Para Pegawai JHEAT sedang menikmati hidangan makan malam sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JHEAT kerana sudi menjadikan Batu Rakit sebagai tuan rumah pada program turun padang kali ini.Kerjasama dari seluruh JKKK dan warga yang terlibat pada program ini turut mendapat ucapan terima kasih dari beliau sebagai tanda perhagaan kepada setiap program yang dijalankan di Dun Batu Rakit

YB Haji Khazan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat isyak.

Sementara itu dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Agama Haji Mohd Rodzali Salleh pula,beliau menyatakan setiap pekerjaan dan perkara yang melibatkan agama dalah sangat mulia.Beliau mahukan para pegawai dan juga jemaah yang hadir agar sentiasa menjadikan setiap pekerjaan itu perkara yang mulia. Dalam pada itu.beliau turut memaklumkan bahawa program yang dialakukan oleh JHEAT ini adalah untuk mendekatkan lagi kemesraan antara masyarakat dengan JHEAT. Disamping itu juga untuk mengenal pasti masjid-masjid yang dikendalikan oleh JHEAT didalam Daerah Kuala Terengganu.

Para jemaah khusyuk menunaikan solat berjemaah.

Kuliah Maghrib ini turut dihadiri oleh Iman/Bilal dari seluruh masjid di Daerah Kuala Terengganu. Sokongan dari para penduduk Kampung Bukit Wan dan juga Pengerusi-Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit berjaya mencatat kehadiran seramai 350 orang jemaah.

Kariah wanita yang hadir bersama-sama para Pegawai Wanita JHEAT.

Pesuruhjaya Agama Haji Mohd Rodzali Salleh menyampaikan kuliah maghrib.

Progaram yang turut dihadiri oleh APMT Dun,Pergerakan Pemuda Dun,Wakil Balai Polis Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka serta Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun ini turut menyediakan hidangan makan malam kepada seluruh jemaah yang hadir. Sempena kuliah ini juga,Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun turut menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Agama dan juga YB Haji Khazan.
YB Khazan menyampaikan ucapan



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment