Monday, October 3, 2011

“SELEPAS 10 TAHUN … DIBENAR PINDAH MILIK” – MB

MB di Maras 006
BERSALAMAN - MB bersalaman dengan kumpulan marhaban
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 3 Oktober 2011 – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, “mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, mana-mana pemilik tanah yang ingin menjual, memindah milik tanah mereka apabila milikan mereka telah mencapai 10 tahun keatas.” Beliau berkata ketika berucap sempena Majlis Penyerahan e-Book dan Penyerahan Geran Tanah di Dewan Serbaguna Kg Maras dekat sini. Seramai 1,500 orang telah hadir dalam suasana berwajah ceria.

MB di Maras 005
MB bersalaman dengan orangramai
      “Mana-mana individu yang masih belum ada tanah, kerajaan hanya beri pilihan kelulusan samada tanah lot pertanian atau lot tapak rumah. Kerana tanah di negeri ini semakin berkurangan dan tidak dapat berkembang seperti mana benda lain yang membiak.” tambahnya lagi. Oleh itu, beliau menyarankan agar pemohon yang bakal diberi geran hari ini, tidak akan menjual ataupun memindah milik dalamasa terdekat untuk mendapat wang segera ataupun wang panas.”
MB di Maras 004
MB diarak dengan iringan marhaban
     Kerajaan amat prihatin kepada rakyat negeri ini, kerana bayaran premium atas tanah cuma dikenakan sebanyak 10 peratus sahaja daripada nilaian sebenar tanah tersebut.
MB di Maras 011
Orangramai sedang mendengar ucapan
     Sebelum itu, Pegawai Daerah Kuala Terengganu selaku Pentadbir Tanah, Haji Wan Nawawi Wan Ismail berkata, “pihak Jawatankuasa Tanah telahpun menimbang sebanyak 10,000 permohonan termasuklah seramai 158 orang yang bakal terima geran sebentar nanti.” Jadi sesuatu kejayaan atau kegagalan dengan penolakan permohonan, janganlah cepat menuduh kepada wakil rakyat.” jelasnya lagi. Wakil Rakyat hanya sebagai menyokong di atas permohonan, manakala pihak Pejabat Tanah akan menyiasat dan mengkaji balik sebelum di bawa kepada mesyuarat jawatankuasa.”.

No comments:

Post a Comment