Sunday, October 2, 2011

AHLI PARLIMEN BERTEMU MATA DENGAN JKKK

Jidin & JKKK 004
Dato Ahli Parlimen Setiu sedang menerangkan sesuatu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 2 Oktober 2011 – Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah mengadakan perjumpaan khas dengan pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam kawasan DUN Batu Rakit di sini malam tadi. Majlis telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit. 

Jidin & JKKK 005
Abdullah Mat Amin (baju hitam)
      Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Md Radzi Mat Lazim, Pengarah JASA, Ustaz Adli Kesah selaku Timbalan Pengerusi Pembangunan Kawasan DUN Langkap, Manakala Timbalan Pengerusi Pembangunan Kawasan DUN Jabi, Mohd Azmi Nazir, bersama Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Jabi, Abdullah Mat Amin dan Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Khairul Anuar Hasin.
Jidin & JKKK 006
Pengerusi-pengerusi JKKK
     Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah melahirkan rasa gembira kerana dapat mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Dato’ yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Setiu. Ini adalah hasrat semua pengerusi JKKK semasa majlis Rumah Terbuka APMT tempohari..”Dengan adanya perjumpaan seperti ini, selain dapat merapatkan hubungan sesama JKKK dan ahli parlimen, maklumat isu semasa dapat diperjelaskan demi kebaikan tempatan, negeri dan negara.” tambahnya.
  
 Jidin & JKKK 008     Penyelia APMT DUN BAtu Rakit, Mohamad Abdullah dan Mohd Azahar Jusoh serta semua Pembantu APMT dan kakitangan Skim Latihan Graduan (SLG) hadir sama bersama beberapa orang wakil cawangan di peringkat DUN.

No comments:

Post a Comment