Tuesday, March 1, 2011

STEMZA berarak...Menghayati Sunnah Rasullullah

Penolong Kanan Ko-kurikulum Tuan Haji Mohd Shariff (berbaju biru tengah) mengetuai perarakan Maulidur Rasul STEMZA.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 28hb Febuari- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin atau ringkasnya STEMZA telah mengadakan Perarakan Maulidur Rasul yang disertai oleh seluruh warga sekolah. Seramai hampir 900 orang pelajar dan guru-guru sekolah telah berarak dari kawasan sekolah menuju Masjid Bukit Chempaka.

Para pelajar memenuhi ruang masjid untuk mendengar ceramah Penghayatan Sunnah Rasullulah.

Menurut Ustaz Abdul Manan Ali selaku Ketua Unit Bina Insan STEMZA yang juga merangkap pengarah program perarakan ini,terdapat juga ceramah yang perlu dikuti oleh para pelajar selepas perarakan menuju Masjid Bukit Chempaka selesai. Ceramah yang bertajuk Menghayati Sunnah Rasullulah telah disampaikan oleh Pegawai Pusat Islam Univesiti Sultan Zainal Abidin (UNIsZA) iaitu Ustaz Abdul Manan Mohd Derus.

Pengerusi JKKK Bukit Chempaka Encik Ghazali Yusof (berbaju merah tengah) dan jawatankuasa Masjid Bukit Chempaka turut bersama menyertai program STEMZA.

Perarakan yang bermula jam 8.30 pagi ini telah dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Jawatankuasa Masjid Bukit Chempaka dan juga Jawatankuasa JKKK. "Kita juga mengadakan hadiah untuk pasukan sepanduk terbaik dan juga perarakan terbaik.hadiahnya akan kita sampaikan selepas semua para pelajar kembali ke dewan sekolah" kata beliau lagi.

Pelajar-pelajar lelaki berarak sambil berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis ceramah yang diadakan di Masjid Bukit Chempaka ini juga turut dihadiri oleh para penduduk kampung,Jawatankusa Masjid dan juga Pengerusi JKKK. Pasukan keselamatan iaitu Polis dari Balai Polis Batu Rakit juga turut memberikan komitmen dengan mengiringi perarakan ini sepanjang perjalanan.

Pelajar-pelajar perempuan berarak sama dalam perarakan Maulidur Rasul.

Ustaz Abdul Manan Mohd Darus dari Pegawai dari Pusat Islam UNIsZA menyampaikan ceramah.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment