Friday, March 18, 2011

Keberangkatan Jemaah Umrah Terengganu ke Tanah Suci...

Sebahagian para jemaah Umrah sedang mendengar ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku wakil kepada YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.

KUALA TERENGGANU 18hb March 2011- Seramai 451 orang rakyat Terengganu telah terpilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Pelbagai lapisan rakyat Terengganu telah dipilih untuk diberikan anugerah Umrah ini.Dikalangan Pegawai Kerajaan,Iman-iman,Bilal-bilal,Tahfiz-tahfiz,Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO),Pengerusi-pengerusi JKKK,Wakil-wakil Rakyat dan juga Kerabat Diraja.

Barisan VIP bersama-sama dengan juruterbang MAS.

Majlis Keberangkatan Jemaah Umrah Anugerah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bagi Musim 1432H/2011M telah diadakan diBalai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud,Kuala Terengganu dan telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku wakil kepada Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.

Barisan VIP bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan dan keselamatan untuk semua jemaah Umrah.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau menyampaikan salam dari Y.A.B.Dato'Seri Menteri Besar kepada para jemaah kerana tidak dapat bersama-sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau yang juga salah seorang daripada jemaah untuk umrah ini telah diwakilkan oleh YAB Dato Seri Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan perasmiaan. Dalam ucapan beliau lagi,beliau berharap seluruh para jemaah yang terpilih bersyukur kerana telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana dengan penerbangan terus ke Jedah ini adalah satu sejarah yang tercipta diMalaysia. "Belum ada lagi negeri-negeri dalam Malaysia selain Lapangan Terbang KLIA yang mengadakan penerbangan terus untuk jemaah ke Jedah"kata YB Haji Khazan. Ini menunjukkan betapa Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah berjaya dan akan terus menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa. Perkara ini akan terus dimajukan dari masa ke semasa demi mentarbatkan Terengganu dipersada dunia tambah beliau lagi.

Jemaah Umrah Dun Langkap dan YB Haji Ashaari Idris (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (berdiri lima dari kiri).

Jemaah Umrah Dun Batu Rakit bergambar kenangan sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah.

Beliau juga berharap agar para jemaah akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk beramal ibadat dengan sebaik mungkin apabila tiba di Tanah Suci nanti. "Kunjungilah tiga buah masjid yang utama iaitu Masjid Nabawi,Masjidil Haram dan Masjidil Aqsar kerana ianya masjid yang pernah menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W.beribadat" kata beliau lagi. Semoga apa yang diberikan oleh kerajaan negeri dapat disyukuri dengan penuh rasa nikmat dan berterima kasih.

YB Haji Khazan menerima cenderahati kenangan.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan Perasmian Majlis.

YB Haji Khazan Che Mat (bersongkok) bersama barisan VIP sebelum memulakan Majlis Perasmian.

Dato Haji Che Mat Jusoh (berbaju biru), YB Haji Assahari Idris Adun Langkap (kanan) dan Datuk Haji Alwi bekas Pengarah MAIDAM (berbaju hitam) turut bersama rombongan ke Tanah Suci.

Para jemaah dari Dun Batu Rakit riang dan ceria sebelum berlepas ke Mekah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad (berkopiah putih) dan isterinya (telekung hitam) bergambar bersama keluarga sebelum berangkat ke Mekah.

Hajjah Wan Maznah (bertelekung biru) turut bersama rombongan ke Tanah Suci.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment