Tuesday, March 1, 2011

Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu

Bergambar kenangan dengan seluruh pengerak utama Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Bukit Wan dan YB Haji Khazan Che Mat (barisan hadapan dua dari kiri) di Taman Herba.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 1hb March 2011- Debaran dan kerja keras yang selama ini diusahakan oleh seluruh penduduk Kampung Bukit Wan telah berakhir, apabila pada hari ini seluruh para panel hakim telah datang untuk menilai pemarkahan yang perlu diberikan kepada kampung dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010. Seluruh para penduduk kampung telah berhimpun di Bangunan Pusat KRT untuk menyambut ketibaan para panel hakim.

Panel hakim bersalaman dan bermaafan dengan YB Haji Khazan dan Jawatankuasa JKKK sebelum meninggalkan kampung Bukit Wan.

Kesungguhan ini dapat dilihat dengan penyertaan dari segenap agensi seperti tadika kemas,Puteri UMNO Cawangan,Wanita Cawangan,Pemuda dan belia dan juga para warga emas.Ketibaan para panel hakim ini telah disambut oleh Kelab Motosikal Bukit Wan dan berarak sehingga ke masjid untuk disambut pula oleh JKKK dengan perarakan bunga mangga dan selawat nabi yang mengiringi para panel hakim.Paluan kompang juga turut berkumandang seiring dengan selawat nabi.

Tempat ternakan ayam serama juga menarik perhatian jemaah hakim untuk dilawati.

Barisan kanak-kanak Tadika Kemas juga turut menyambut para panel hakim dihadapan pintu pagar Pusat Kawasan KRT untuk disambut oleh pasukan Kadet dan nyayian lagu negaraku. Acara yang penuh bermakna bagi para penduduk Bukit Wan ini disusuli pula dengan lagu Kampungku Gemilang iaitu lagu resmi kampung oleh Koir Bukit Wan. Selepas majlis sambutan yang penuh gemilang berakhir,semua jemaah hakim telah memasuki dewan untuk sesi soal jawab bersama Jawatankuasa JKKK. Antara Jabatan-jabatan yang terlibat sebagai panel hakim ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu,Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Jabatan Perancang Bandar dan Desa,Jabatan KEMAS Terengganu,Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu,Jabatan Kesihatan dan SUK Terengganu.

Taman herba yang baru dibuka oleh penduduk Bukit Wan menjadi tarikan para panel hakim untuk dilawati.

Selepas majlis soal jawab para panel hakim telah duduk bersama-sama jawatankuasa JKKK untuk menikmati hidangan tengahari. Selepas selesai solat zohor,para panel hakim telah dibawa mengelilingi kawasan kampung untuk melihat secara lebih dekat keindahan dan keceriaan kampung. Kehadiran YB Haji Khazan Che Mat pada jam 3.00 petang juga turut menceriakan seluruh Jawatankuasa JKKK dan para panel hakim.

Para panel hakim melawat kilang roti bersama-sama YB Haji Khazan Che Mat dan Jawatankuasa JKKK.

Antara mereka yang hadir dalam majlis ini sebagai sokongan ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Yusof Ali,Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Encik Nasran Abdul Halim,Penghulu Tinggi Daerah Kuala Terengganu Haji Ismail Zainal,Penghulu Kanan Daerah Haji Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih,seluruh penghulu-penghulu mukim berdekatan,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Encik Nazri Mamat dan wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohamad Abu Bakar Raja Sulaiman.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun menyampaikan taklimat tentang kampung Bukit Wan.

Haji Kamarudin Mohamad menyampaikan cenderahati kepada salah seorang panel hakim.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamarudin Mohamad yang mewakili YB Haji Khazan Che Mat bertindak sebagai penyampai ucapan alu-aluan untuk jemaah hakim.

Para panel hakim dan JKKK bersama-sama mengaminkan doa sebelum majlis soal jawab berkenaan pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung dimulakan.

Koir Bukit Wan menyanyikan lagu Kampungku Gemilang lagu resmi kampung tersebut.

Panel hakim diarak bunga mangga menuju kebangunan Pusat KRT Bukit Wan.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) menyelit bunga dibaju salah seorang panel hakim.

Jawatankuasa JKKK beratur untuk menyambut ketibaan para panel hakim.

Puteri-puteri UMNO Cawangan bertindak sebagai pemegang bunga manggar untuk mengiringi para panel hakim.

Kanak-kanak Tadika tidak ketinggalan menyambut kehadiran panel hakim di Bangunan KRT Bukit Wan.

Perarakan motor mengiringi ketibaan panel hakim.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment