Saturday, March 26, 2011

YAASIN SETIAP PAGI …

DSC_0022
oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – 26 Mac,program baca yaasin telah diadakan setiap pagi pada hari persekolahan bermula tahun ini.” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pagar besi, Haji Mohd bin Muda.
 DSC_0024
     Beliau memberitahu kepada ibubapa murid dalam ucapan aluan sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pagar Besi kali ke 27 hari ini.
DSC_0023      Manakala Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee dalam ucapan perasmian telah berjanji akan membantu sebaik mungkin mana-mana perancangan yang ada kepentingan murid serta prasarana dalam kawasan sekolah.
DSC_0025
     Beliau akan memanjangkan permohonan kepada kementerian pelajaran jika melibatkan kos yang tinggi. Sebanyak RM3,000 telah diluluskan untuk tabung PIBG bagi membantu pengurusan yang berkaitan.

     Ketua APMT DUN Batu Rakit, Hj Md Ali Abdullah bersama anggotanya telah berkesempatan hadir pada majlis berkenaan.  

No comments:

Post a Comment