Thursday, March 10, 2011

Cakna Rakyat..Yang tua diingati..Yang sakit diziarahi...

Puan Hajah Nik Ani (berdiri) melihat keadaan Encik Abdullah Salleh yang mengalami sakit angin ahmar.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 10hb March 2011- Sikap prihatin dan cakna rakyat sentiasa dititik beratkan oleh Adun Batu Rakit iaitu YB Haji Khazan Che Mat. Dengan sikap ini juga telah diterapkan oleh beliau kepada isteri beliau Puan Hajah Nik Aini Nik Soh. Sikap cakna ini juga telah membawa kepada lawatan kerumah warga tua iaitu Puan Semek binti Mohd Zin dan juga Puan binti Sulaiman.

Menyampaikan sumbangan kepada keluarga Abdullah Salleh pesakit kronik angin ahmar.

Sokongan yang diberikan oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Dun Batu Rakit dan juga APMT Dun,juga banyak membantu Puan Hajah Nik Aini untuk bersama-sama turun padang melihat dan beramah mesra dengan warga tua. Dengan sedikit sumbangan yang dibawa ianya dapat mewujudkan sikap cakna rakyat yang mahu diserapkan oleh kerajaan negeri.

Puan Hajah Nik Aini (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Puan binti Sulaiman.

Bukan hanya sekadar warga tua sahaja,kepada pesakit kronik tidak dilupakan. Puan Hajah Nik Aini dan juga Skuad Sayang sempat juga meluangkan masa untuk bertemu dengan salah seoranag pesakit angin ahmar di Kampung Pecah Rotan iaitu Encik Abdullah bin Salleh. Beliau telah dua tahun mengalami sakit angin ahmar yang kronik.Ini menyebabkan beliau lumpuh dan tidak dapat berjalan lagi. Segala pergerakan beliau dibantu oleh keluarga yang setia membantu dalam apa jua keadaan.

Bertanya khabar tentang kesihatan Puan binti Sulaiman.

Puan Hajah Nik bersalaman dengan Semek binti Mohd Zin sambil diperhatikan oleh Skuad Sayang.

Bertanya khabar dan mendengar cerita yang disampaikan oleh Seemek binti Mohd Zin.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment