Tuesday, March 1, 2011

Ramah Mesra bersama YB Haji Khazan Che Mat

Semua Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda yang hadir bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT (PENGKALAN ATAP) 28hb Febuari 2011- Satu Majlis Ramah Mesra bersama YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri telah diadakan di Dewan Kenanga Gem Beach Resort.Majlis yang menghimpunkan Ketua Cawangan,Ketua Wanita,Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Umno Cawangan ini telah dihadiri seramai 100 orang.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim menerima kain rentang sebagai wakil Umno Cawangan Pulau Redang.

Majlis yang bermula jam 9.30 malam ini dimulakan dengan tayangan video tentang kehidupan YB Haji Khazan bermula dari kecil sehingga beliau menjadi wakil rakyat. Majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan para pemimpin didalam cawangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdullah Ibrahim yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu.

Kain rentang yang akan dipasang disetiap cawangan dalam Dun Batu Rakit.

Didalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau menyeru agar semua para pemimpin didalam sayap parti Umno agar sentiasa melakukan yang terbaik demi keutuhan dan kekuatan parti. "Tiada parti lain selain UMNO yang dapat membela nasib orang melayu dan juga agama Islam"katanya. Banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO untuk memajukan negara. "Perkara ini tidak dapat dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang kerana mereka tiada pemimpin yang pandai mentadbir negara"kata beliau lagi. Perkara ini dapat dilihat semasa pihak pembangkang menjadi pemerintah semasa tahun 1999.Tiada perubahan pada pembangunan dapat dilihat melainkan ceramah-ceramah yang dilakukan sama seperti sebelum mereka menjadi pemerintah.

Para Pembantu dan Penyelia APMT Dun Batu Rakit bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan.

Beliau juga menyeru agar semua para pemimpin peringkat cawangan agar terus bersatu untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13 nanti. "Lupakan segala perselisihan yang telah berlaku,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menguatkan parti"tambah beliau. Tanpa kerjasama yang baik dikalangan para pemimpin akar umbi,pasti UMNO tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang sedia ada. Hanya dengan sikap saling bersatu pasti kejayaan akan dapat dinikmati dan UMNO akan terus dapat memerintah pada pilihanraya nanti.

Ketua Wanita dan Puteri bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (tengah).

YB Haji Khazan juga turut meminta agar para pemimpin peringkat akar umbi dapat mengambil peluang yang ada diatas kekalutan yang berlaku dipaihak parti lawan kini. "Gunakan peluang yang terhidang ini untuk kita menerangkan apa yang telah berlaku terhadap parti lawan kepada masyarakat kampung".katanya. Dengan cara begini ianya akan dapat meningkatkan kekuatan yang sedia ada pada parti UMNO.Kecelaruan yang berlaku dalam parti pembangkang kini adalah kerana sikap mereka yang saling tidak percaya dan berlainan fahaman politik.

YB Haji Khazan menurunkan kain rentang UMNO Barisan Nasional Pilihanku untuk dipasang disetiap Cawangan.

Dalam majlis ini YB Haji Khazan juga turut melancarkan kain rentang untuk dipasang disetiap cawangan bagi menangkis tomohan yang sentiasa dilakukan oleh pihak parti pembangkang. Setiap kain rentang diberikan kepada semua ketua-ketua cawangan yang hadir berserta sumbangan berbentuk wang tunai untuk mengadakan Persidangan Agong Tahunan Cawanagan. Majlis ini telah diakhiri dengan bacaan selawat nabi oleh semua para hadirin yang hadir.

YB Haji Khazan menyampaikan sedang menyampaikan ucapan.

Diakhir ucapan YB Haji Khazan,beliau berharap agar semua cawangan Umno dalam Dun Batu Rakit akan dapat menjayakan Persidangan Tahunan dengan suasana yang harmoni dan sebaik mungkin. Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua para pemimpin peringkat cawangan yang sudi hadir pada majlis ini.

Pengerusi Majlis Encik Abdullah Ibrahim menyapaikan ucapan alu-aluan.

Menadah doa memohon keberkatan dari NYA sebelum majlis dimulakan.

Ketua-ketua Cawangan khusyuk mendengar amanat yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

Ketua Wanita dan Ketua Puteri Cawangan yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra.

Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Encik Nazri Mamat (kanan) selaku wakil dari Cawangan Hilir Darat menerima beg dari YB Haji Khazan.

Ceita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment