Friday, March 11, 2011

Pemuda Turun Padang...

Seluruh para peserta dan jawatankuasa penganjur bergambar kenangan dengan YB Haji Khazan (duduk hadapan tengah) dan Timbalan Ketua Pemuda Setiu Rosmadi Haji Nasir (duduk lima dari kiri) selepas selesai program

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 11hb March 2011- Pemuda Dun Langkap dan Batu Rakit telah bersama-sama menjayakan satu program Pemuda Turun Padang bagi mendekatkan lagi para pemuda dengan para penduduk kampung. Program pertama anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu ini telah menjadikan Peti Undi Padang Kemunting di Batu Rakit sebagai lokasi yang pertama program ini.

Kain rentang yang menwartakan program Pemuda Turun Padang.

Program yang menekan sikap prihatin pemuda kepada masyarakat kampung ini berjaya dihadiri seramai hampir 100 orang para pemuda. Antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengisian program ini ialah gotong-royong,baiki rumah warga emas dan juga melawat warga tua.

YB Haji Khazan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas.

Dalam ucapan perhargaan oleh Ketua Pemuda Bahagian Setiu YB Haji Khazan Che Mat yang juga Adun Batu Rakit,beliau berharap aktiviti kemasyaratan seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Program yang mendekatkan para pemuda dengan masyarakat setempat juga akan sentiasa dibaiki cara dan hasratnya untuk lebih berjaya pada masa kan datang. Beliau juga berharap agar Pemuda Umno Bahagian Setiu akan terus mengadakan program seumpama ini disemua Dun dalam Parlimen Setiu.

Bersamaa dengan Cikgu Rosmadi ketika menyampaikan ucapan perhargaan kepada para pemuda yang menyertai program ini.

Program yang bermula pada jam 9.30 pagi ini dimulakan dengan aktiviti membaiki rumah warga emas yang terletak di Kampung Padang Kemunting. Setelah selesai aktiviti pertama itu,para pemuda telah dibawa ke Masjid Gelong Gajah untuk mengecat pagar masjid secara gotong-royong bersama para jawatankuasa masjid.

Dari kiri ke kanan: Pengerusi JKKK Gelong Gajah Che Aziz Ibrahim,Iman Masjid Gelong Gajah Ahmad Jusuh,Timbalan Pengerusi JKKK Darat Batu Rakit Haji Abdul Rahman dan Setiausha Pemuda Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim.

Dalam ucapan penghargaan itu juga YB Haji Khazan mengucapkan terima kasih kepada seluruh para pemuda yang hadir,para pengerusi JKKK yang sentiasa memberikan sokongan terhadap segala program dalam Dun Batu Rakit.
Dalam program ini juga YB Haji Khazan turut menyampaikan sedikit bantuan yang berupakan bekalan makanan kepada dua orang warga emas diKampung Padang Kemunting. Program yang bermula di rumah Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Setiu Rosmadi Haji Nasir,Ketua Pemuda Dun Batu Rakit Azhar Mohd Noor dan Jawatankuasanya,Pengerusi JKKK Gelong Gajah Che Aziz Ibrahim,Timbakan Pengerusi JKKK Darat Batu Rakit Haji Abdul Rahman, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,Setiusaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim dan juga para penduduk setempat.

Cikgu Rosmadi dan Ambak Ismail dua Timbalan pemuda serius membuat kerja.

YB Haji Khazan (berbaju gelap) dan Cikgu Rosmadi (kiri) bersama-sama mengecat pagar masjid.

Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Encik Nazri Mamat turut sama mengecat pagar Masjid Gelong Gajah.

Ketua Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Azhar Mohd Noor turut bersama gotong-royong.

Menanti cat dikacau oleh Cikgu Abdullah (baju biru berbelang) untuk digunakan.

Ketua Pemuda Setiu YB Haji Khazan (kanan) tidak kekok bersama -sama menjayakan program baiki rumah warga emas.

Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Setiu Rosmadi Haji Nasir (kanan) bersama-sama membantu menghulurkan atap.

Bersama-sama menyimpan atap-atap yang tidak digunakan lagi.

Pemuda menghulurkan atap kepada tukang kayu untuk digantikan.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment