Sunday, March 27, 2011

PENCAPAIAN AMAT MEMBANGGAKAN..

DSC_0043
oleh : Mohamad bin Abdullah
BATU RAKIT – 26 Mac, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit / Mengabang Lekor dekat sini telah mencapai berbagai kejayaan yang boleh dibanggakan walaupun usianya baru 11 bulan beroperasi. Pengetua sekolah, Puan Wan Kelsum binti Wan Hitam menjelaskan ketika majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali kedua pada hari ini.
DSC_0030
     Beliau berkata, “di bidang Kokurikulum, pada tahun lepas wakil sekolah telah berjaya merangkul hadiah kedua Pertandingan Mewarna Kuda sempena Sultan’s Endurance Cup 2010  di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu”.
DSC_0036
     Tambahnya lagi, “wakil sekolah berjaya mendapat Johan Masakan dalam Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala Terengganu. Selain itu, bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Terengganyu Utara 2011, seramai 4 orang pelajar telah dipilih menjadi wakil dan telah berjaya mendapat tempat keempat.”
DSC_0037
     “Bagi Pertandingan Mencipta Slide peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Rakit, sempena Bescomm Tour bersama masyarakat, baru-baru ini wakil sekolah berjaya di tempat kedua. ” sambungnya lagi.
DSC_0034    Pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan penyampaian Hadiah-hadiah Anugerah Kecemerlangan kepada 36 pelajar yang berjaya.
DSC_0039  Sebelum itu, beliau dalam ucapan perasmian telah menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti dadah, pil kuda, merempit ataupun ponteng dari persekolahan.
DSC_0038

No comments:

Post a Comment