Monday, March 14, 2011

RUMAH TERBAKAR ….

14032011645

Oleh: Mohamad bin Abdullah
Juru Gambar : Zainal Abidin bin Mamat

BATU RAKIT – 14 Mac, sebuah rumah papan milik Encik Zulkefli bin Deraman Kg Padang Polis dekat sini telah terbakar lewat petang tadi.
     Menurut penerangan Encik Faizul bin Jusoh @ Salleh, jiran kediaman berkenaan, api mula marak dipercayai berpunca litar pintas di kawasan luar rumah (bahagian hadapan) sekitar jam 3.40 petang.
     Lima buah jentera Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu tiba setengah jam kemudian dan telah dapat mengawal api daripada merebak ke rumah-rumah jiran berdekatan.
14032011640
     Ketua Penyelia APMT Batu Rakit, Haji Md Ali bin Abdullah dan beberapa orang anggotanya telah sempat melihat dan merakam insiden berkenaan dan melapor kepada pihak-pihak berkaitan. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Rakit, Ustaz Haji Khazan bin Che Mat dipercayai tiba sekitar jam 5.00 petang.
     Kata pemilik rumah dan isterinya, puan Rohaya binti Hussin sewaktu kejadian mereka berdua tidak ada di rumah kerana berada di tempat kerja masing-masing di Kg Mengabang Telung dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau bersyukur kerana ketiga-tiga orang anak mereka serta ibunya terselamat kecuali barang-barang penting habis terbakar.
14032011644
     Katanya lagi, peralatan kelengkapan rumah seperti barangan elektrik, perabot serta dokumen penting termasuk sijil-sijil beranak, surat nikah, kad pengenalan-kad pengenalan anak wang tunai RM100.00 habis musnah. Anggaran kerugian keseluruhannya berjumlah RM100 ribu.
14032011648
     Tambahnya lagi, E-Book sumbangan kerajaan Terengganu kepada anak bongsunya, Shahdah binti Zulkefli tahun lepas, kini sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit tidak dapat diselamatkan.

No comments:

Post a Comment