Friday, March 4, 2011

Perasmian dan Sambutan Maulidur Rasul Surau Kampung Kubur Timah.

Para jemaah yang hadir menadah doa bersama-sama memohon keampunan dan keberkatan hidup.

BATU RAKIT (KUBUR TIMAH) 4hb March 2011- Keceraian dan kegembiraan terpancar diseluruh penduduk Kampung Kubur Timah apabila YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri telah hadir untuk merasmikan surau baru dan juga menyampaikan kuliah agama sempena sambutan Maulidur Rasul.

Para jemaah bersama-sama berselawat nabi sempena sambutan Maulidur Rasul.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Surau,Encik Abu Bakar Puteh,surau yang menelan belanja hampir RM100,000 ini adalah salah satu usaha dari YB Haji Khazan untuk memudahkan para penduduk Kampung Kubur Timah beribadat secara berjemaah."Selama ini kami hanya bergantung kepada surau-surau dikampung berdekatan. Dengan adanya surau ini maka kami berharap agar para penduduk sentiasa mengutamakan solat berjemaah untuk mengimarahkan lagi surau ini" katanya lagi. Beliau juga yakin setiap kali program agama yang akan diadakan disurau baru ini akan sentiasa mendapat sambutan dari para penduduk setempat.

Para jemaah dan jawatankuasa surau khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

Dalam kuliah yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap dengan adanya surau baru ini para penduduk Kampung Kubur Timah akan sentiasa memenuhi setiap kali waktu solat.Beliau juga banyak menceritakan sifat rasullullah yang sentiasa solat berjemaah. Hanya solat sunat sahaja yang dilakukan baginda ketika berada dirumah.Ini menunjukkan surau atau masjid menjadi tempat utama oleh baginda ketika mengerjakan solat. Sifat-sifat yang mulia dari Rasullullah patut menjadi ikutan dan amalan oleh para penduduk tambah YB Khazan lagi.

YB Haji Khazan menyampaikan kuliah maghrib sempena sambutan Maulidur Rasul.

Segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan,beliau berharap agar para penduduk menggunkannya dengan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. "Jadilah amalan dari rasullullah itu sebagai satu ikutan untuk kita bina sebuah keluarga yang bahagia baik didunia mahupun diakhirat" kata beliau lagi. Kesempurnaan iman yang diterap oleh ibubapa terhadap anak-anak mereka amat penting untuk anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna dimasa hadapan.

Encik Abu Bakar Puteh yang bertindak selaku Pengerusi Majlis.

Majlis yang bermula selepas solat maghrib ini telah dihadiri seramai 150 orang para jemaah. Mereka terdiri daripada penduduk kampung,Pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan,Ketua-ketua Cawangan, Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Beramah mesra dengan jemaah selepas majlis.

YB Haji Khazan (tengah) sempat bersama jemaah menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Surau.

Surau baru untuk para penduduk Kampung Kubur Timah beramal ibadat tersergam indah.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment