Wednesday, March 30, 2011

Ramah Mesra Pemuda Bersama YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan bersama Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun menikmati hidangan.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 30hb March- Walaupun hujan mencurah-curah turun,tetapi itu tidak melemahkan Pemuda UMNO Peti Undi Mengabang Lekor untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama YB Haji Khazan. Program yang turut dibantu oleh Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan para pemimpin dengan para pemuda.

Dari kiri ke kanan YB Haji Khazan,Setiausaha Pemuda Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim dan Sarjan Pak Engku Mat Wakil Balai Polis Batu Rakit.

Program yang berbentuk mengeratkan hubungan antara pemuda-pemuda dalam Dun Batu Rakit ini telah berjaya dihadiri seramai 100 orang. Antara Pemuda-pemuda cawangan yang terlibat dalam program ini ialah Pemuda R.A.K.R.Mengabang Panjang dan Pagar Besi.

Sebahagian barisan Pemuda yang hadir pada program Ramah Mesra Bersama YB Haji Khazan.

Program yang bermula pukul 9.00 malam ini turut juga dihadiri oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar,APMT Dun Batu Rakit dan juga Pergerakan Puteri UMNO Dun.

Pemuda sedang membakar ayam untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir.

Menurut Encik Nazri Mamat selaku Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun, program seumpama ini akan sentiasa diadakan disetiap peti undi dalam Dun Batu Rakit. Bertujuan untuk menarik minat pemuda kepada Umno dan juga mendekatkan pemimpin dengan para pemuda. Menurut beliau lagi, program ini adalah sinambungan pada program yang pernah diadakan di Bukit Nenasi baru-baru ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh para pemuda walaupun hujan yang turun sejak petang hari tidak henti-henti.

Bergambar kenangan.

"Dengan adanya program seumpama ini,beliau juga berharap agar sokongan para pemimpin untuk segala aktiviti akan berterusan dari masa ke semasa. Dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk para pemimpin akan terus diberikan oleh para pemuda demi menguatkan lagi jentera parti untuk menghadapi pilihanraya yang akan tiba nanti" katanya.

Menjamu selera sambil sembang-sembang.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment