Saturday, March 12, 2011

Bacaan Yasin Bergema dirumah YB Haji Khazan..

Para hadirin khusyuk membaca surah Yasin.

BATU RAKIT 11hb March 2011- Bergema dan penuh mengasyikan apabila surah Yasin dibaca oleh seramai hampir 300 orang hadirin yang datang ke rumah YB Haji Khazan Che Mat. Program yang diatur oleh isteri YB Haji Khazan sendiri iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh ini mendapat sokongan dari seluruh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan dalam Dun Batu Rakit.

Dari ruang makan hingga ruang tamu...penuh dan berasak.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini telah dimulakan kehadiran para Ketua-ketua Wanita Cawangan.Setiap cawangan telah menghantar tidak kurang dari 5 orang wakil untuk memberikan sambutan yang tidak berbelah bagi kepada program yang julung kali diadakan dirumah YB Haji Khazan ini. Majlis ini selesai pada pukul 5.00 petang dengan sedikit jamuan telah disediakan oleh pihak Puan Hajah Nik Aini.

Tak cukup tempat didalam rumah,diserambi rumah pun dipenunhi hadirin.

Selepas selesai majlis bacaan Yasin para hadirin menjamu selera.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment