Thursday, March 17, 2011

Skuad Sayang terus mengatur gerak...

Puan Hajah Nik Aini (kiri) menghulurkan sumbangan kepada keluarga Encik Mohd Adnan bin Mohd Amin di Kampung Bukit Nenasi.

BATU RAKIT- 17hb March 2011 Skuad Sayang (Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit),APMT Dun Batu Rakit dan Penaung Skuad Sayang Puan Hajah Nik Aini Nik Soh isteri kepada YB Haji Khazan Che Mat,terus mengerakkan kerja-kerja amal dengan menghulurkan bantuan kepada warga emas dan miskin.

Skuad Sayang dan Puan Hajah Nik Aini (kiri duduk atas kerusi) bersama isteri Encik Mohd Zaini Ibrahim (kanan) di Kampung Bukit Wan.

Seramai 3 orang yang terdiri daripada warga emas dan miskin telah menerima sumbangan yang merupakan barangan dapur telah dilakukan di Peti Undi Bukit Wan. Program yang dijadikan aktiviti bulanan ini turut mendapat kerjasama dari pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Penerima-penerima sumbangan ini ialah warga emas Zainab binti Wook yang berusia 80 tahun lebih dan menetap di Kampung Lingai. Sementara itu di Kampung Bukit Wan pula warga miskin yang menerima sumbangan ini ialah Encik Mohd Zaini bin Ibrahim. Di Bukit Nenasi pula Encik Mohd Adnan bin Mohd Amin yang hanya berkerja sebagai penoreh getah telah menerima sumbangan ini.

Menghulurkan sumbangan kepada Zainab binti Wook di Kampung Lingai.

Sementara itu bagi Puan Hajjah Nik Aini,program-program mendekati para penduduk seperti ini akan sentiasa dilakukan demi melihat warga emas dan miskin terus dihargai. Program-program seperti ini juga dapat memberikan rasa perhargaan dikalangan mereka dengan apa yang dilakukan oleh Skuad Sayang. Beliau juga berharap program-program turun padang seperti ini akan terus mendekatkan para pemimpin dengan rakyat.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment