Thursday, July 28, 2011

Agihan Zakat MAIDAM..

Ratusan para penerima zakat MAIDAM mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 28hb Julai 2011- Sebanyak RM 706,000 telah dibawa oleh pihak MAIDAM untuk diagihkan kepada seluruh penerima agihan zakat raya diDun Batu Rakit. Seramai 836 orang pula yang terdiri dari warga emas,miskin,ibu tunggal dan juga OKU telah disenaraikan oleh pihak JKKK untuk menerima zakat dari pihak MAIDAM. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras ini telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

YB Haji Khazan bersama pegawai Maidam Encik Mohd Rohimee (berbaju batik) sempat menjenguk para pertugas Maidam menjalankan tugas.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Encik Mohd Rahimee Mohd Ramli yang bertindak selaku ketua urusetia agihan zakat,beliau mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan juga YB Haji Khazan kerana sudi hadir merasmikan majlis tersebut. Terima kasih juga turut beliau hulurkan untuk semua para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang dapat memberikan kerjasama dengan sebaik-baiknya pada majlis ini. Beliau juga turut mengingatkan bahawa tujuan utama pemberian zakat adalah untuk meringkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan fakir miskin. Beliau berharap agar duit zakat yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin bagi menampung keperluaan perbelanjaan harian.

YB Haji Khazan menyampaikan duit zakat kepada salah seorang penerima.

Sementara itu didalam ucapan yang telah disampaikan oleh YB Haji Khazan pula, beliau memberitahu para penerima zakat MAIDAM betapa telah banyak bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak MAIDAM kepada masyarakat demi meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Perkara ini dapat dilakukan oleh pihak MAIDAM kerana ianya adalah hasil daripada kejayaan dan kemakmuran ekonomi negara. Menurut beliau,apabila negara kaya,ianya dapat memudahkan perlaksanan agihan zakat untuk mereka yang memerlukan.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Beliau turut memaklumkan, MAIDAM bukan sekadar memberikan bantuan untuk fakir miskin sahaja tetapi turut menaja para pelajar melanjutkan pelajaran diluar negara. "Dengan perolehan zakat yang tinggi,ianya dapat memberikan pelbagai ruang untuk pihak MAIDAM menyalurkan bantuan atau zakat ke jalan yang dituntut oleh agama" katanya lagi. YB Haji Khazan juga turut memaklunkan bahawa jurang perbezaan fakir miskin dahulu dengan sekarang adalah amat berbeza. Mereka-mereka yang mempunyai pelbagai kemudahan kini masih lagi beroleh bantuan dan ianya amat berbeza dengan zaman dahulu yang tiada apa-apa kemudahan. Dengan suasana kehidupan yang amat berbeza kini,ianya merupakan salah satu hasil yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk melihat para penduduk merasai nikmat pembangunan dan kekayaan. Beliau juga mahukan para penerima zakat sentiasa bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh kerajaan.

Para warga emas,ibu tunggal dan Pengerusi JKKK mendengar penuh minat ucapan yang dilakukan oleh YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan sempat beramah mesra penerima zakat sebelum memulakan majlis.

Dari kiri ke kanan, Haji Muda Abdullah (Pengerusi JKKK Padang Polis) YB Haji Khazan,Pegawai MAIDAM Encik Mohd Rohimee Mohd Ramli dan Haji Chik Harun (Pengerusi JKKK Bukit Wan).

Di akhir ucapan beliau,ucapan terima kasih juga turut beliau berikan kepada pihak MAIDAM yang sentiasa peka kepada pembangunan untuk kemakmuran masyarakat. Beliau juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada para Pengerusi JKKK didalam Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program yang dijalankan didalam kawasan Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment