Sunday, July 17, 2011

Seminar Gagasan 1 Malaysia

Sebilangan para puteri yang hadir dalam Seminar Gagasan 1 Malaysia.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 14hb Julai 2011- Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Batu Rakit bersama-sama Biro Tata Negara telah mengadakan satu seminar di Dewan Sivik Bukit Chempaka yang bertajuk Seminar Gagasan 1 Malaysia.

Salah seorang peserta menerima hamper cabutan nama bertuah dari Encik Omar Bujang.

Seminar yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah dihadiri seramai 150 para pemuda dan juga puteri. Mereka-mereka ialah bekas penerima program bakti remaja yang mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam baru-baru ini. Seminar yang bertujuan menyedarkan pemuda dan puteri kepada sayangi negara ini telah disampaikan oleh Encik Omar Bujang iaitu salah seorang penceramah dari Biro Tata Negara (BTN).

Penceramah Biro Tata Negara (BTN) Encik Omar Bujang menyampaikan ceramah.

Bersama-sama menyanyikan lagu negaraku.

Seminar yang berakhir pada jam 12.00 malam ini turut menyediakan 20 hamper cabutan nama bertuah. Pengerusi-pengerusi JKKK didalam Dun Batu Rakit juga turut hadir untuk bersama-sama memberikan komitmen kepada program ini. Begitu juga dengan wakil Balai Polis Batu Rakit yang tidak pernah ketinggalan menjaga keselamatan setiap program yang berlaku didalam Dun Batu Rakit.

Para peserta mendaftar dimeja urusetia.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment