Wednesday, July 20, 2011

SUKANEKA PUPUK PERPADUAN

sukaneka 1Malaysia 007
TARIKAN KASIH - Ibu dan anak bergilir tarik
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 20 Julai – Sukaneka 1Malaysia anjuran JKKK Wakaf Chagak bersama KRT Wakaf Chagak dekat sini telah berjaya memupuk perpaduan antara masyarakat kampung berdekatan. Hasilnya seramai 500 orang telah berjaya memeriahkan program tersebut hari ini.   
Sukaneka WC 006
ISI AIR DALAM BOTOL - kanak-kanak tahun satu
       Pengerusi JKKK Wakaf Chagak, Mohd Abd Zaman Ismail, melahirkan rasa bangga di atas sambutan masyarakat dari kanak-kanak kecil hingga dewasa dan penyertaan dalam setiap acara amat memberangsangkan. Ada beberapa acara terpaksa diadakan saringan beberapa kali disebabkan penyertaan yang begitu ramai.
sukaneka 1Malaysia 003
TARIK TALI - peserta lelaki dan perempuan
       Berbagai katergori telah dapat disediakan pada tahun ini dengan penglibatan kanak-kanak pra sekolah, tunas jiran, jiran muda, jiran wanita dan dewasa, tambah Mohamad Abdullah, 62, pengerusi KRT Wakaf Chagak. Pesta tahun ini lebih meriah daripada tahun-tahun sebelum ini, katanya lagi.
sukaneka 1Malaysia 010
JIRAN MUDA - acara makan tembikai
       Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu ,Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yassin telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya sebagai wakil kepada Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Setiu. Turut hadir Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah bersama beberapa orang anggota lain.
Sukaneka WC 017
PAK ANDAM - adik lelaki (tutup mata) andamkan kakak
      Selain itu, pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Cawangan dan ahlijawatankuasa turut dalam DUN Batu Rakit turut hadir sama dan telah menyampaikan beberapa hadiah kepada pemenang dalam katergori tertentu dan hadiah cabutan nama bertuah.
Sukaneka WC 009
REBUT KERUSI - kanak-kanak tahun tiga

No comments:

Post a Comment