Friday, July 8, 2011

Bacaan Yasin dan Solat Hajat di Asrama Darul Akhyar

YB Haji Khazan (tengah) dan Haji Wan Harunjan (berbaju putih) bersama-sama para pegawai MAIDAM dan pelajar Asrama Darul Akhyar sedang khusyuk membaca surah yassin.

BATU RAKIT (TANJUNG) 5hb Julai 2011- Satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah diadakan di Asrama Darul Akhyar MAIDAM disini hari ini. Majlis yang turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Pegawai Eksetutif MAIDAM Tuan Haji Wan Harunjan Sulaiman dan para pegawai dari jabatan itu juga turut hadir.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan dan pesanan kepada para pelajar.

Majlis yang bermula jam 7.30 petang ini dimulakan dengan solat maghrib yang diimamkan oleh salah seorang pegawai daripada Jabatan MAIDAM sendiri. Selepas itu majlis bacaan yassin bermula dan juga tahlil. Selepas solat isyak yang diimamkan oleh YB Haji Khazan, para pegawai dan pelajar bersama-sama mengerjakan solat hajat memohon keberkatan Asrama Darul Akhyar yang baru dibuka pada 11hb Jun baru-baru ini.

Tuan Haji Wan Harujan menyampaikan tazkirah.

Sebelum solat isyak bermula Tuan Haji Wan Harunjan telah memberikan sedikit tazkirah untuk semua pelajar. Beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin agar dapat menjaga nama baik bagi Asrama Darul Akhyar. Beliau juga memberitahu bahawa pihak pengurusan Asrama tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada para pelajar yang melanggar disiplin. Beliau juga amat berharap agar pelajar-pelajar yang menginap diasrama sentiasa dapat menjaga kebersihan dan juga silaturahim antara mereka. "Jika ada masaalah yang berlaku,pelajar hendaklah sentiasa merujuk kepada pihak pengurusan asrama dan jangan bertindak sesuka hati" tambah beliau lagi.

Tumpu- Pegawai MAIDAM dan para pelajar memberikan tumpuan pada bacaan yassin.

Sementara itu dalam sedikit ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat, beliau mengingatkan agar para pelajar yang diterima masuk ke Asrama Darul Akhyar sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak MIADAM. "Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil cakna terhadap rakyat yang miskin didalam semua perkara hatta untuk kesenangan para para pelajar belajar. Segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dapat digunakan dengn sebaik mungkin oleh para pelajar untuk berjaya demi masa depan yang cemerlang" ujar beliau lagi. Menurut beliau lagi,inilah wardah perjuangan atau kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan demi para melihat para penduduk terus berjaya. Beliau juga berharap agar para pelajar yang terpilih memasuki Asrama Darul Akhyar ini agar belajar bersungguh-sungguh untuk kejayaan dimasa depan."Tugas kamu hanya belajar dan segala perbelanjaan telah disediakan oleh MAIDAM,gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin untuk berjaya" akhiri ucapan beliau.

Khusyuk- Sebahagian para pelajar perempuan sedang membaca surah yassin

Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan Mukim Batu Rakit/Wakaf Tengah serta Timbalan Pengerusi JKKK Tanjung juga turut bersama dalam majlis yang disertai hampir 150 ini. Majlis ini diakhiri dengan makan malam dikantin asrama bersama-sama anak-anak yatim dan juga kakitangan asrama.

Para pelajar bersalaman dengan YB Haji Khazan ( berbaju kuning,kiri) dan Tuan Haji Wan Harunjan (berbaju putih).



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment