Wednesday, July 27, 2011

Majlis Pelancaran Agihan Akhbar Utusan Malaysia kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah peringkat Dun Batu Rakit 2011

Para pelajar,Pengetua Sekolah,Guru Besar,Pengerusi JKKK, APMT Dun Batu Rakit dan YB Haji Khazan menunjukkan isyarat no satu untuk Utusan Malaysia.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 26hb Julai 2011- Seluruh sekolah menengah dan rendah didalam Dun Batu Rakit akan menerima suratkhabar Utusan Malaysia secara percuma bermula hari ini sehingga sesi persekolahan tamat hujung tahun nanti. Perkara ini telah diumunkan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit didalam Majlis Pelancaran Agihan Suratkhabar Utusan Malaysia kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringakat Dun Batu Rakit 2011.

Wakil JKKK Padang Kemunting Encik Azahar Jusoh menerima suratkhabar dari YB Haji Khazan.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting ini turut dihadiri oleh Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Berasrama Penuh Intergrasi,Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor,Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Tengku Mizan Sultan Zainal Abidin (STEMZA),Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Wan,Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Chempaka, Sekolah Rendah Kebangsaan Maras, Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Rakit,Sekolah Rendah Kebangsaan Pagar Besi,Sekolah Rendah Kebangsaan Pecah Rotan,Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting dan Sekolah Rendah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

Pelajar sekolah menengah menerima naskah suratkhabar dari YB Haji Khazan.

Pelajar sekolah rendah yang menjadi wakil kepada Guru Besar menerima naskah Utusan Malaysia dari YB Haji Khazan.

Didalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap dengan sumbangan yang diberikan ini ianya dapat digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar untuk menanam minat suka membaca dan juga menjadikan sisipan yang terdapat didalam akhbar berkenaan sebagai bahan rujukkan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Bagi beliau apa yang ditulis didalam suratkhabar amat berguna untuk seseorang itu mengetahui tentang apa yang berlaku didalam negara atau didunia yang seba mencabar sekarang. Pelbagai cerita seperti politik,hiburan,sukan dan peristiwa setempat dapat diketahui melalui suratkhabar.

Sebahagian daripada Pengerusi JKKK,Pengetua Sekolah Menengah,Guru Besar dan para pelajar yang hadir pada majlis agihan suratkhabar utusan.

Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak Utusan Malaysia yang sudi berkerjasama dengan pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit didalam menjayakan program agihan suratkhabar ini. Terima kasih juga beliau ucapkan kepada seluruh para Pengerusi JKKK yang hadir memberikan sokongan menjayakan majlis.Dan sekalung tahniah juga beliau lontarkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting kerana sudi menjadi tuan rumah untuk menjayakan majlis agihan tersebut. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi ini turut juga dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Peti Undi Maras,Padang Kemunting,Bukit Chempaka dan juga Bukit Wan. Pada majlis ini YB Haji Khazan juga turut menyumbangkan naskah Utusan Malaysia kepada seluruh JKKK didalam Dun Batu Rakit. Bersama hadir pada majlis ini ialah anggota APMT Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment