Sunday, July 3, 2011

RAKR MENGABANG LEKOR DAPAT RM26 RIBU

Budaya ML 024
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 3 JULAI – Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM26 ribu kepada penduduk Rumah Awam Kos Rendah Mengabang Lekor dekat sini sempena majlis perasmian Gelanggang Futsal dan Bola Jaring pada 2 Julai baru-baru ini.

Budaya ML 018
SEDIA - Dato Mohd Jidin bersedia menendang bola ke gawang
      Pada malam yang sama beliau telah turut merasmikan program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara peringkat negeri Terengganu beertempat di kawasan berkenaan.

Budaya ML 013
UCAPAN PERASMIAN - Ketua UMNO Bahagian Setiu
      Sebuah bangunan bertutup di tepi gelanggang futsal bagi kemudahan penonton berehat sambil melihat pasukan futsal ataupun bolajaring di situ bernilai RM20 ribu dan 2 buah kanopi dengan kos RM6 ribu bagi kegunaan masyarakat tempatan.
Budaya ML 019
TANDATANGAN PLAG - Dato' Hj Mohd Jidin sedang menandatangan tanda perasmian
      Pengerusi JKKK RAKR Mengabang Lekor, Haji Kamaruddin Hameed melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Setiu atas keperihatinan beliau bagi pihak penduduk semua.
Budaya ML 003
TETAMU - Tim. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Negara (baju biru)
      Seramai 3 ribu orang telah menyaksikan persembahan kebudayaan dan kesenian yang dibawa khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu sebelum itu.
Budaya ML 007
PENONTON CILIK - sedang menyaksikan persembahan

No comments:

Post a Comment