Saturday, July 9, 2011

Ceramah Khas dan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Kibarkan Bendera Umno Dun Batu Rakit 2011

Sebahagian mereka yang hadir mendengar ceramah khas yang disampaikan oleh Dato' Alwi Mohd Pegawai Khas Agama Menteri Besar.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 7hb Julai 2011- Bertempat di Dewan Pusat KRT Bukit Wan,satu Majlis Ceramah Khas dan Penyampaian Hadiah Kempen Kibarkn Bendera UMNO Dun Batu Rakit 2011 telah diadakan hari ini. Program yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun dan kerjasama JKKK Bukit Wan ini telah bermula pada jam 9.00 malam.

YB Haji Khazan menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan nama bertuah.

Majlis yang turut disertai oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu ini turut mengundang Dato' Haji Alwi Mohd Pegawai Khas Agama menteri Besar yang bertindak sebagai penceramah. Dalam majli ini,selain penyampaian hadiah kepada pemenang dan ceramah khas,pihak jawatankuasa pemuda juga turut mengadakan cabutan nama bertuah. Hampir 800 orang telah hadir pada majlis ini dan ianya merupakan satu perkembangan dan sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh warga Dun Batu Rakit. Sebanyak 50 hamper telah disedikan oleh urusetia untuk cabutan nama bertuah.

Wakil Balai Polis Batu Rakit OCF Pok Loh (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan nama bertuah.

Sementara itu.dalam pertandingan kibarkan bendera UMNO pula. Pemuda UMNO Cawangan Bukit Wan telah berjaya menjadi juara dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM400.00. Manakala ditempat kedua pula Pemuda UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300.00. Bagi tempat ketiga pula, Pemuda UMNO Cawangan Gong Lingai telah berjaya membawa pulang wang hadiah sebanyak RM200.00. Satu anugerah khas bagi ketegori Kreatif telah dimenangi oleh Pemuda UMNO Cawangan Bukit Chempaka dengan wang tunai sebanyak RM200.00. Bagi setiap Cawangan Pemuda pula hadiah saguhati untuk penyertaan sebanyak RM100.00 telah diberikan sebagai tanda perhargaan.

YB Haji Khazan (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dato' Alwi.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan pula,beliau amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh seluruh para pemimpin didalam Dun Batu Rakit dan juga para penduduk Bukit Wan. Kerjasama yang diberikan amat beliau hargai dan sanjungi. Beliau juga berterima kasih kepada Ketua-ketua Cawangan,Pengerusi-pengerusi JKKK,Ketua-ketua Wanita,Ketua-ketua Pemuda,Ketua-ketua Puteri dan juga APMT Dun yang sudi hadir untuk memeriahkan program seumpama ini. Ucapan terimakasih juga beliau hulurkan kepada Penyelaras Pemuda Dun dan JKKK Bukit Wan yang berusaha dengan sebaik mungkin menjatyakan program tersebut.

Selepas mendengar ceramah,mereka yang hadir turut menjamu selera.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka,Ketua Balai Polis Batu Rakit dan juga para penduduk didalam Dun Batu Rakit.Majlis ini telah berakhir pada jam 11.45 malam dengan para hadirin telah disajikan makanan untuk menjamu selera. Tayangan video juga turut diadakan bagi setiap Cawangan Pemuda yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kibarkan Bendera UMNO.

Dato' Alwi menyampaikan hadiah kemenangan kepada wakil Pemuda Kampung Bukit Wan.

Wanita dan Puteri yang hadir untuk memeriahkan ceramah dan majlis penyampaian hadiah.

Ketua Pemuda Pantai Batu Rakit menerima hadiah kemenangan dari Dato' Alwi.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dato' Alwi menyampaikan ceramah.

Dari kiri ke kanan: Dato' Alwi, YB Haji Khazan dan Penghulu Khairul.

Mereka yang hadir sibuk mendaftar untuk cabutan nama bertuah dimeja urusetia.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment