Sunday, July 3, 2011

MERAKYATKAN SENI BUDAYA

Budaya ML 002
DIKIR BARAT - pasukan Dikir Barat Seri Bujut, Bukit Putera
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 3 JULAI – Timbalan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Terengganu, Encik Zahari Mat berkata “Program Merakyatkan Seni Budaya hanya sekali sahaja diadakan pada setiap tahun”. Jelas beliau ketika pelancaran program tersebut di kawasan Rumah Awam Kos Rendah Mengabang Lekor dekat sini, baru-baru ini.

Budaya ML 011
TARIAN - penari-penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
Penduduk sekitar perumahan Rumah Awam Kos Rendah Mengabang Lekor dan kampung-kampung berdekatan perlu rasa bertuah bukan sahaja dapat menonton persembahan kebudayaan dan kesenian dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bahkan hiburan dari kumpulan dikir barat serta nyanyian daripada penyanyi undangan khas, tambanya lagi.
Budaya ML 008
TOK JOGHO DAN TUKANG DIKIR
Seramai 3000 orang telah hadir termasuk tetamu khas YB Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Setiu, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Ketua Polis Balai Batu Rakit dan Pengerusi-Pengerusi JKKK dalam Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.
Budaya ML 020
NYANYIAN - Adik Megat Haikal Megat Nordin
Sambil dijamu selera penonton telah dihidangkan dengan berbagai persembahan, antaranya dikir barat dari Pasukan Dikir Barat Seri Bujut, Bukit Putera, tarian dari kumpulan Kesenian Jabatan serta nyanyian adik Megat Haikal Megat Nordin, Zack (peserta Bintang P.Ramlee) dan artis Baggio Damasutra.
Budaya ML 023
PERSEMBAHAN - Baggio Damasutra
Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee.
Budaya ML 024
MENONTON - ribuan penonton asyik menyaksikan persembahan

No comments:

Post a Comment