Thursday, August 4, 2011

Skuad Sayang turun padang...

Skuad Sayang bersama Hajah Nik Aini (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Puan Khatijah (empat dari kiri).

BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 4hb Ogos 2011- Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak,Skuad Sayang bersama-sama APMT Dun Batu Rakit terus mengorak langkah dalam menjalankan kerja-kerja amal. Singgah di Peti Undi Darat Batu Rakit,Skuad Sayang telah menjengah ke rumah Puan Khatijah binti Wan Nik (61 tahun,gambar kecil dibawah) yang menghidapi penyakit angin ahmar. Beliau yang merupakan surirumah sepenuh masa telah mengalami penyakit itu semasa sedang melakukan kerja-kerja rumah awal tahun ini. Menurut beliau lagi, apabila kejadian itu menimpa diri beliau,beliau merasakan dunia ini menjadi amat gelap untuk beliau menerusan kehidupan. Beliau juga bersyukur kerana keluarga beliau banyak membantu disaat beliau menghadapi saat-saat genting. Beliau kini dapat mengerakkan semula anggota beliau selepas berubat dengan salah sebuah klinik swasta di bandar Kuala Terengganu.


Puan Hajah Nik Aini (depan) menyampaikan sumbangan kepada Puan Subiyah Mohamad (bertudung hitam) yang menhidapi penyakit ketumbuhan didalam kepala.

Selepas singgah dirumah Puan Khatijah,Skuad Sayang bersama Puan Hajah Nik Aini Nik Soh isteri YB Haji Khazan Adun Batu Rakit telah bertandang ke rumah Puan Subiyah Mohamad pula yang menghidapi penyakit ketumbuhan didalam kepala.Beliau yang berumur 47 tahun baru sahaja menjalani pembedahan dikepala pada 18hb baru-baru ini. Selama lima hari beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan.Beliau yang kelihatan masih lesu,amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran Puan Hajah Nik Aini dengan rombongan Skuad Sayang. Kehadiran Skuad Sayang yang sentiasa perihatin dengan masaalah-masaalah warga emas,pesakit kronik ataupun OKU,amat dinanti-nantikan warga DUN Batu Rakit.
Menurut Puan Saumi,selaku salah seorang yang sentiasa bersama-
sama dalam program turun padang Skuad Sayang, program seumpama ini akan sentiasa diadakan samaada dua kali sebulan atau tiga kali. Program seumpama ini adalah bertujuan mendekatkan lagi kemersaan antara penduduk dengan para pemimpin didalam Dun Batu Rakit. Beliau juga turut memuji sikap isteri YB yang sama-sama mengambil cakna dan sentiasa turun padang untuk melihat kesusahan dan kesakitan yang dialami oleh para pesakit. "Sikap seperti inilah yang amat diperlukan oleh para pemimpin untuk sama-sama memenangi hati rakyat" kata beliau lagi.Turut bersama dalam program ini ialah Hajah Wan Maznah Nong Ketua Penyelaras Wanita Umno Dun Batu Rakit yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment