Saturday, July 9, 2011

Gotong-royong APMT...

Seluruh warga APMT Dun Batu Rakit bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan pejabat.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 7hb Julai 2011- Walaupun sibuk dengan tugasan harian samaada kerja pejabat atau bersama dengan program Yang Berhormat kawasan,ini tidak melekakan seluruh para AMPT untuk menjaga kebersihan pejabat. Bertempat di Pejabat APMT Dun Batu Rakit,satu gotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam pejabat telah diadakan. Program yang bermula jam 9.00 pagi telah dilakukan oleh seluruh anggota APMT dengan sebaik munkin.

Salah seorang pembantu APMT sedang memotong dahan pokok.

Menurut Penyelia APMT, Encik Azhar Jusoh,program yang biasa diadakan sekali dalam dua minggu atau sebulan sekali ini adalah untuk mendidik para pembantu APMT agar sentiasa menjaga kebersihan. Disamping itu juga ianya dapat mencantikkan lagi kawasan persekitaran ataupun didalam pejabat sendiri. "Setiap sebulan atau dua minggu sekali kami akan sentiasa pastikan kawasan pejabat baik didalam atau diluar akan sentiasa bersih dan elok dipandang oleh pihak luar" kata beliau lagi.

Memerhati saja ke..? ke curi tulang...?

Bagi program gotong-royong ini,kita biasanya akan memasak secara beramai-ramai,ini juga akan menjimatkan kos perbelanjaan disamping itu ianya juga dapat memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain. "Dengan cara ini juga ianya dapat mengukuhkan lagi semangat berkerjasama secara berkumpulan seperti mana yang telah diterapkan oleh Pejabat APMT Negeri" tambah beliau lagi.

Membersih semula barang-barang yang telah dihinggapi anai-anai.

Ringan dan berat sama-sama bantu membantu.

Pembantu APMT sedang memesin rumput.

Dahan-dahan pokok yang telah dicantas dibersihkan.

Sentiasa berkerjasama dalam apa jua keadaan.


Gambar: APMT DUN BATU RAKIT

Cerita: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment