Saturday, July 9, 2011

Pertandingan Futsal Tertutup Bukit Chempaka 2011

Barisan pemain dan jawatankuasa penganjur bergambar kenangan bersama-sama JKKK Bukit Chempaka.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 31hb Jun 2011- Pemuda UMNO Cawangan Bukit Chempaka dengan kerjasama JKKK (Biro Sosial) telah menganjurkan satu Pertandingan Futsal di Dewan Futsal Dun Batu Rakit. Pertandingan yang disertai sebanyak 10 pasukan ini bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 2.30 pagi.

Penjaga gol gagal menyelamatkan sepakkan penalti.

Menurut Encik Sazali Yusof selaku Ketua Pemuda UMNO Bukit Chempaka dan juga urusetia pertandingan,pertandingan seperti ini akan diadakan setiap tahun demi merapatkan lagi silaturahim antara pemuda dan juga JKKK.Ianya juga bertujauan merapatkan lagi barisan pemuda-pemuda yang ada di Kampung Bukit Chempaka. "Program-program seumpama ini juga dapat menghindarkan para pemuda dari terlibat dengan masaalah sosial yang berat",tambah beliau lagi. Menurut beliau lagi,pelbagai program juga telah dirancang atau dilaksanakan demi mengalakkan para pemuda terus aktif dan sentiasa bersama-sama dengan kerajaan. "Demi menjayakan segala program itu,pihak pemuda telah mencari pelbagai alternetif untuk menjayakan program-program ini"kata beliau lagi. Beliau juga berharap sokongan dari semua pihak akan terus merancakkan pelbagai aktiviti untuk para pemuda terus bergerak dengan sebaik mungkin.

Masing-masing berusaha untuk menjaringkan gol.

Sebahagian penonton yang hadir menyaksikan perlawanan.


Cerita dan Gambar: Sazali YUSOF

OLEH: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment