Sunday, July 3, 2011

Bantahan Himpunan Bersih...

Para Pengerusi JKKK, Petani,Nelayan,Belia dan KRT yang mengadakan bantahan Himpunan Bersih 2.0 dihadapan Balai Polis Batu Rakit.


BATU RAKIT (PADANG POLIS) 2hb Julai 2011- Pelbagai pertubuhan yang mewakili pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan (NG0) didalam Dun Batu Rakit telah berhimpun dan membuat laporan polis berkenaan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9hb Julai ini. Himpunan haram yang telah dibantah oleh majoriti penduduk di Malaysia itu telah mencatat rekod laporan polis terbanyak dengan lebih dari 2,000 yang telah dibuat diseluruh negara. Menurut setiausaha kerja Umno Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman (gambar kecil), seluruh rakyat Malaysia tidak mahu negara yang aman dan damai ini tercemar dimata dunia dengan cara demostrasi jalanan seperti itu. "Masih banyak cara yang terbaik untuk menyatakan bantahan kepada pihak berkenaan dengan tidak menggunakan cara begini"kata beliau. Pelbagai pihak akan mengalami kerugiaan jika pihak kerajaan membenarkan himpunan haram ini dari terus dilakukan. Beliau juga berharap agar kerajaan
agar terus memantau pihak-pihak yang cuba mengerakkan himpunan ini dari terus bergerak. "Banyak pihak terutamanya dari pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan diatas himpunan haram ini untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menghadapi pilihanraya ke 13 nanti"tambah beliau. Menurut beliau lagi,rakyat tidak akan termakan dengan hasutan yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang demi menjana agenda parti mereka dengan cara mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan. "Cuba kita lihat apa yang telah berlaku dinagara-negara Timuh Tengah, sampai kini negara mereka terus mengalami masaalah untuk bangkit kerana pihak kerajaan telah diguling dengan cara yang tidak sah. Dan inilah yang diingini oleh pihak pembangkang demi merealisasikan hajat mereka untuk memerintah Malaysia"katanya lagi. Dalam mengulas mengenai SPR pula seperti mana yang dikatakan oleh BERSIH mengenai ketelusan SPR,beliau berpendapat itu hanyalah satu taktik bagi pihak pembangkang untuk menuduh SPR tidak telus.
"Cuba kita lihat pada pilihanraya yang ke 12,berapa negeri telah jatuh ke tangan pembangkang,apakah ini masih tidak telus didalam SPR? Semasa pilihanraya di Serawak baru-baru ini,banyak mana pihak DAP telah menang kerusi..masih tidak telus? Pihak pembangkang hanya mahu memerintah negara sahaja dan inilah salah satu cara untuk mengambarkan pada dunia Malaysia tidak aman dan perlukan pada perubahan pemerintah" ujur beliau lagi. Bagi beliau tiada apa yang perlu diBersihkan didalam SPR,apa yang perlu dibersihkan adalah hati para pemimping pembangkang didalam memenangi hati rakyat.
Beliau juga berharap agar orang melayu yang beragama islam agar tidak terpengaruh dengan pihak yang menganjurkan himpunan haram seperti ini. "Yang rugi nanti adalah bangsa melayu dan pihak lain tersenyum dalam kepuasan kerana berjaya memecah belahkan bangsa melayu demi kepentingan peribadi, kita akan merempat dibumi sendiri dan inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai" akhiri beliau.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment