Saturday, July 23, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

MAKAN MALAM SERI WANGSA 001
KETUA BHG SETIU (baju hitam) bersama pemimpin tempatan
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 25 Julai – Majlis makan malam bersama pemimpin di Restoran Seri Wangsa, Gong Badak, 10 km dari sini bagi meraikan Pengerusi-pengerusi JKKK dan Ketua-ketua cawangan dalam DUN Batu Rakit sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1432 semalam.


MAKAN MALAM SERI WANGSA 002
TETAMU - berbual mesra sebelum menjamah hidangan
     Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee bersama beberapa orang Ajk bahagian dari DUN Jabi turut hadir sama. Beberapa orang kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit diketuai Haji Md Ali Abdullah, Ketua Penyelia DUN telah berkesempatan hadir.
MAKAN MALAM SERI WANGSA 005
PENYELIA APMT - Encik Mohd Azahar Jusoh (baju putih)
      Penganjur program Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yasin, melahirkan rasa bersyukur di atas kerjasama dan sokongan padu daripada 50 orang tetamu pada malam tersebut. Beliau selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu adalah kontraktor binaan yang berpejabat di Tepoh, Kuala Terengganu..
MAKAN MALAM SERI WANGSA 003MAKAN MALAM SERI WANGSA 004

No comments:

Post a Comment