Sunday, July 17, 2011

Santai JKKK Padang Polis..Makan Bubur Nasi.

Tidak kira usia,masing-masing ingin merasai keenakan bubur nasi yang disajikan bersama ayam masak pedas.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 15hb Julai 2011- Hampir 150 orang telah hadir pada program santai JKKK Padang Polis yang menyediakan sajian bubur nasi. Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh JKKK Padang Polis ini turut dihadiri oleh para anggota keselamatan dari Balai Polis Batu Rakit dan juga para Pengerusi JKKK kawasan berdekatan.

Para tetamu yang datang untuk menikmati sajian bubur nasi.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah,program ini adalah bertujuan menambahkan lagi aktiviti sampingan JKKK disamping mengeratkan lagi persaudaraan sesama penduduk. Program yang bermula pada jam 9.15 malam ini bukan sahaja dihadiri oleh para penduduk Kampung Padang Polis,malahan juga para penduduk berdekatan. "Disamping itu juga pihak JKKK turut meraikan mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada JKKK selama ini"kata beliau lagi.

Warga emas tidak melepaskan peluang untuk merasai bubur nasi.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana program kecil seumpama ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari seluruh lapisan masyarakat."Semoga program-program seperti ini akan dapat diadakan lagi dengan kerjasama yang menyeluruh dari semua pihak didalam Dun Batu Rakit" tambah beliau lagi.

Para anggota keselamatan dari Balai Polis Batu Rakit turut bersama menikmati keenakkan bubur nasi.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment