Sunday, July 17, 2011

Gotong-royong di Padang Kemunting..

Jawatankuasa JKKK Padang Kemunting bergambar kenangan bersama sebahagian para penduduk yang hadir menjayakan program gotong-royong.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 15hb Julai 2011- JKKK Padang Kemunting bersama-sama penduduk kampung seramai 50 orang telah mengadakan satu gotong-royong berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting untuk membina satu taman bagi kemudahan para pelajar menunggu ibubapa untuk pulang.

Yang berat bersama-sama diangkat.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman, tujuan dibina taman ini dalah untuk menyenangkan para pelajar menunggu keluarga mereka datang mengambil. "Selama ini tempat ini juga telah dijadikan tempat para pelajar berehat dan kami bagi pihak JKKK akan menyediakan kemudahan untuk mereka" kata beliau. Menurut beliau lagi,ini adalah salah satu cara kebajikan yang dilakukan oleh pihak JKKK untuk kemudahan semua masyarakat didalam Kampung Padang Kemunting.

Bersama-sama mengali lubang untuk menanam tiang pagar.

Beliau juga memberitahu bahawa satu taman permainan kanak-kanak akan dibina juga dikawasan itu untuk memberikan satu peluang riadah untuk kanak-kanak nanti. "Ianya mungkin akan dibina disebelah pagar sekolah menengah nanti" kata beliau lagi. Beliau juga amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk setempat didalam menjayakan program gotong - royong seperti ini.

Wakaf diusung beramai-ramai untuk dialihkan kedudukan yang lebih baik.

Menanda lubang tiang pagar sebelum diteruskan kerja seterusnya.

Menebas semak-semak yang tumbuh meliar berhampiran pagar sekolah.

Mesin rumput juga digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja gotong - royong.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment