Monday, July 25, 2011

Pertandingan Bolasepak 8 sebelah Pemuda Kampung Pecah Rotan..

Pasukan Paraguay bergambar kenangan bersama Piala kemenangan setelah mengalahkan pasukan Peru dengan sepakkan penalti 5 berbalas 4.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN) 23hb Julai 2011- Kehangatan Copa Amerika bukan sekadar melanda seluruh dunia,tapi juga turut menular ke Kampung Pecah Rotan. Dengan nama-nama pasukan seperti Brazil,Argentina,Paraguay dan juga seluruh benua Amerika Selatan,satu Pertandingan Bolasepak 8 sebelah Tertutup Kampung Pecah Rotan telah dianjurkan oleh Pemuda Kampung Pecah Rotan dengan menggunakan nama-nama negara tersebut.

Sebahagian dari para penduduk yang hadir memberi sokongan kepada pertandingan.

Pertandingan yang melibatkan 8 pasukan ini telah diadakan secara liga satu pusingan yang telah bermula pada 22hb dan perlawanan akhir pada 23hb pada jam 6.00 petang. Perlawanan akhir yang menemukan pasukan Paraguay dan Peru ini telah berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan telah membawa kepada sepakan penalti. Penentuan penalti telah menobatkan pasukan Paraguay sebagai juara dengan kemenangan 5 berbalas 4. Pasukan juara telah berjaya membawa pulang hadiah hamper,medal dan juga piala pusingan. Manakala ditempat kedua pula pasukan Peru pula menerima hamper dan juga medal.

Aksi perlawanan akhir yang mendebarkan antara Paraguy (berbaju biru) dan Peru (berbaju oren).

Pertandingan ini juga turut menyajikan perlawanan pertunjukkan pasukan veteran dan juga pelajar bawah 12 tahun. Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi JKKK Kampung Pecah Rotan Encik Mohamad Majid. Para penonton juga turut disediakan hadiah cabutan nombor bertuah. Hampir 150 orang para penduduk setempat turut hadir memeriahkan pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah telah berakhir pada jam 7.15 petang dengan sedikit jamuan untuk semua yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Paraguay (berbaju biru) dan Peru (berbaju oren) bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan Paraguay berbaju biru bersalaman dengan pemain dari pasukan Peru sebelum perlawanan dimulakan.

Aksi perlawanan pasukan veteran.

Pasukan Veteran bergambar sebelum memulakan perlawanan pertunjukkan antara mereka.

Pasukan jemputan bawah 12 tahun bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment