Sunday, July 3, 2011

Perasmian Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia..

Para pelajar sedang memulakan larian beramai-ramai.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 2hb Julai 2011- Serentak dengan pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia diseluruh negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor sebagai tempat perasmian program tersebut. Majlis yang bermula pada pukul 7.45 pagi ini telah dilakukan perasmiannya oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit dan juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

YB Haji Khazan (dua dari kiri,bertopi) bersama Pegawai Pelajaran Daerah akan melepaskan para guru dan pelajar untuk larian.

Larian serentak ini ini juga turut dihadiri oleh para Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan juga sebahagian para Pengerusi JKKK dalam Dun Batu Rakit. Apmt Dun Batu Rakit juga turut terlibat,begitu juga wakil dari Balai Polis Batu Rakit.

YB Haji Khazan bersama para Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Dalam ucapan sebelum majlis perlepasan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap agar seluruh para pelajar agar dapat mengambil segala menafaat dari program yang diadakan ini. Dengan bersukan juga kini,banyak para etlit telah dapat menaikkan taraf hidup mereka dan dapat juga membantu segelintir masyarakat yang memerlukan khidmat mereka. Beliau juga turut berharap agar setiap murid bersungguh-sungguh didalam bersukan,kerana sukan kini telah menjadi satu mata pencarian yang dapat menampung kehidupan.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

"Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan didalam menjadikan masyarakat lebih aktif untuk bersukan aadalah salah satu cara untuk menjadikan sukan sebagai salah satu pencapaian yang membanggakan untuk seluruh rakyat Malaysia" terang beliau lagi.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment