Tuesday, July 26, 2011

Anugerah Keluarga Mithali Dun Batu Rakit 2011..

Para pemenang anugerah bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (berdiri empat dari kanan),Puan Hajah Nik Aini (lima dari kiri) dan wakil Pengarah YPK (tiga dari kiri).

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 25hb Julai 2011- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah bersama-sama mengadakan Majlis Anugerah Keluarga Mithali yang berkonsepkan 1 Keluarga 1 Malaysia. Majlis yang bermula pada 8.30 malam ini telah diadakan di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor. Hampir 150 orang yang terdiri daripada para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Cawangan,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga Ketua-ketua Puteri Cawangan telah hadir untuk memeriahkan program ini.

Ahli keluarga Che Tom bergambar kenangan dipentas.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd sebelum semua para hadirin dijemput menikmati jamuan makan malam. Selepas selesai jamuan, maka bermula ucapan dari wakil Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa. Dalam ucapan yang disampaikan itu, beliau berkata tujuan perlaksanaan program ini adalah untuk memantapkan lagi institusi keluarga yang merupakan unit asas terpenting dalam masyarakat dan negara. Pencapaian dan sumbangan ibubapa dalam menjanakeluarga yang cemerlang tidak akan terus dipandang sepi. Jesteru itu kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) telah mengatur Majlis Anugerah Keluarga Mithali dalam usaha memberikan pengiktirafan dan memertabatkan ibubapa yang telah melakukan usaha dan pergorbanan dalam membentuk keluarga bahagia dan sejahtera serentak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil YPK.

Beliau juga turut menambah bahawa objektif majlis anugerah ini ialah mengenal pasti keluarga-keluarga yang berjaya,bahagia dan cenerlang untuk dinobatkan sebagai pemenang-pemenang Anugerah Keluarga Mithali peringkat Dun dinegeri ini. Ianya juga sebagai memberi perhargaan dan pengiktirafan kepada ibubapa yang telah berjaya membentuk keluarga yang bahagia dan anak-anak yang cemerlang. Program seumpama ini juga dapat mengetengahkan model-model keluarga bahagia,cemerlang dan seimbang yang telah berjasa dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Che Tom (berkerusi roda) gembira menerima anugerah dari YB Haji Khazan.

Dalam ucapan beliau juga turut merakamkan juataan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi hadir untuk merasmikan majlis serta menyampaikan anugerah kepada para pemenang. Tidak lupa kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan kerjasama didalam setiap program yang dilakukan oleh pihak YPK. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada seluruh para tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Anugerah Keluarga Mithali Dun Batu Rakit 2011.

Encik Daud Husin (kanan) penerima Anugerah Khas Bapa Tunggal dari YB Haji Khazan.

Sementara itu didalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YPK yang dapat mengadakan program ini. Ucapan tahniah juga beliau turut rakamkan diatas kejayaan yang telah diperolehi oleh semua pemenang. Beliau juga berharap agar kejayaan yang diperolehi para pemenang akan menjadi satu dorongan untuk masyarakat yang lain didalam mendidik para anak-anak. Beliau juga turut menyentuh betapa peranan keluarga yang dianggap oleh agama sebagai pemimpin amat penting didalam sesebuah institusi kekeluargaan. "Dengan kejayaan yang diperolehi didalam mendidik anak-anak sehingga berjaya,ianya akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat setempat"tambah beliau lagi.

Puan Hajah Nik Aini menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang Zawiah binti Omar (kanan).

Beliau juga turut mengingatkan bahawa setiap kerjayaan yang diperolehi adalah bukan sesuatu perkara yang mudah untuk tempuhi. Dengan mengambil kira segala peranan ibubapa didalam menghadapi cabaran yang ditempohi,maka kerajaan negeri melalui YPK telah cuba mengiktiraf apa yang telah dilakukan oleh para ibubapa dengan anugerah seumpama ini. "Betapa kerajaan telah banyak melakukan yang terbaik dari segenap sudut dan ruang untuk melihat segala kejayaan dapat dinikmati oleh seluruh anak-anak Terengganu"kata beliau lagi. Beliau juga berharap agar apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini dapat dihargai dengan sebaik mungkin oleh seluruh masyarakat hari ini. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para hadirin yang hadir untuk memeriahkan majlis anugerah ini. "Semoga dengan anugarah-anugerah seumpama ini yang sentiasa diadakan setiap tahun akan meningkatkan lagi semangat para ibubapa untuk sama-sama menjadikan keluarga mereka keluarga yang berjaya dan sentiasa memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara" kata beliau mengakhiri ucapan.

YB Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan perhargaan kepada pemenang.

Majlis Anugerah ini terbahagi kepada 3 ketegori utama iaitu Keluarga Mithali Terbilang,Gemilang dan Cemerlang. Bagi ketegori Ibu Tunggal pula juga 3 tempat telah disediakan. Manakala bagi Bapa Tunggal pula hanya satu Anugerah Khas sahaja yang diberi. Anugerah Keluarga Mithali Terbilang telah dimenangi oleh Che Tom bin Abdullah yang berusia 75 tahun dari Kampung Pagar Besi dengan membawa pulang sijil perhargaan,jubah dan juga wang tunai sebanyak RM1,000.00. Bagi Keluarga Mithali Gemilang pula telah dimenangi oleh Mohd Ali Baba (52 tahun) dari Kampung Maras membawa pulang sijil perhargaan dan wang tunai RM700.00. Keluarga Mithali Cemerlang pula dimenangi oleh Ibrahim bin Mahmud 80 tahun dari Kampung Hilir Maras dengan sijil penyertaan dan juga wang tunai sebanyak RM500.00.

Wakil Pengarah YPK sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Bagi ketegori Ibu Tunggal Terbilang pula ianya telah dimenangi oleh Wan Hindun@Wan Lijah binti Yusof 68 tahun dari Kampung Padang Polis dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00,sijil perhargaan dan juga jubah resmi anugerah. Ibu Tunggal Gemilang pula dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 serta sijil perhargaan pula telah dimenangi oleh Mek Teh binti Abdullah 72 tahun dari Kampung Pecah Rotan. Zawiah binti Omar 55 tahun pula dari Kampung Tanjung Batu Rakit pula telah berjaya memenangi Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil perhargaan. Bagi Anugerah Khas Bapa Tunggal pula ianya telah dimenangi oleh Encik Daud bin Husin 66 tahun dari Kampung Hilir Maras dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 serta sijil perhargaan.

Para tetamu dan juga pemenang anugerah turut bersama menikmati hidangan makan malam.

Majlis yang turut dihadiri oleh isteri YB Haji Khazan Che Mat Puan Nik Aini Nik Soh ini turut juga dihadiri oleh wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd dan juga wakil-wakil dari media massa tempatan. Turut juga bersama ialah anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan (tengah) bersama wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd (kanan) dan wakil Pengarah YPK menikmati hidangan makan malam.

Tetamu yang hadir bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan.

Para Pengerusi JKKK sedang menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak YPK.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment