Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Darat Batu Rakit

Tetamu yang hadir bersedia untuk bersama-sama berbuka puasa dan menunggu waktu azan.

BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 25hb Ogos 2011- Penghujung Ramadhan Al-Mubarak sentiasa dipenuhi undangan majlis berbuka puasa,dan bagi pihak Masjid Kampung Darat Batu Rakit juga turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan mengundang para pemimpin dikalangan Pengerusi JKKK dan juga pemimpin Umno Cawangan.Majlis yang sentiasa diadakan tiap-tiap tahun ini telah dihadiri hampir 200 orang para penduduk kampung dan juga sekitar kampung bersebelahan.Tidak dilupakan juga para anggota keselamatan yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap program yang dijalankan didalam Dun Batu Rakit.

Pengerusi JKKK Pancur Sejuk Encik Azmi Seman (kiri) turut bersama pada majlis ini.

Majlis yang bermula dengan bacaan tahlil ini juga turut mengundang Mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu yang kini menjadi Pensyarah UNIsZA,Ustaz Abdul Halim Awang.Turut bersama juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu Dato'Haji Abdul Rahman Mat Yasin dan juga Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit Ustaz Mohd Ali serta para pembantu APMT.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu Dato' Haji Abdul Rahman Mat Yasin (berbaju biru) turut bersama berbuka puasa.

Ustaz Abdul Halim Awang (kiri sekali) mengaminkan doa tahlil sebelum berbuka puasa.

Para hadirin bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan dan rahmat dari Allah.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment