Sunday, August 14, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Surau Kampung Terap Pecah Rotan..

Masing-masing sedang menyeduk nasi dan lauk untuk dinikmati masa berbuka.

BATU RAKIT (TERAP PECAH ROTAN) 14hb Ogos 2011- Hampir seratus orang yang terdiri daripada para penduduk,Pengerusi-pengerusi JKKK kawasan sekitar,Ketua Penerangan Umno Bahagian Setiu Dato' Haji Abdul Rahman Mat Yasin,Penolong Setiausaha Umno Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman dan juga Ketua-ketua Umno Cawangan sekitar telah bersama-sama hadir pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran Jawatankuasa Surau Kampung Terap Pecah Rotan.

Menunggu azan maghrib dilaungkan.

Majlis yang sentiasa diadakan tiap-tiap tahun ini juga bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara umat islam didalam kawasan Batu Rakit. Menurut Pengerusi JKKK Terap Pecah Rotan Encik Mohamad Puteh, ianya merupakan salah satu acara yang sentiasa dijalankan tiap-tiap tahun pada bulan Ramadhan. Setiap Ajk JKKK perlu menghantar lauk yang telah dimasak untuk bersama-sama dinikmati oleh mereka yang hadir.

Menadah doa memohon keberkatan sebelum berbuka puasa.

Selesai majlis tahlil,para hadirin bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment