Sunday, August 7, 2011

Ihya Ramadhan bersama Wanita Dun Batu Rakit..

Wanita-wanita UMNO Dun Batu Rakit yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim.


BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 7hb Ogos 2011- Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak tidak menghalang Penyelaras Pergerakan Wanita Dun Batu Rakit untuk terus mengadakan program-program yang telah disusun. Bersama-sama dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit satu program Ihya Ramadhan telah diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras Batu Rakit.Program yang bercorak keagamman ini telah berjaya menarik hampir 150 orang para wanita diseluruh Dun Batu Rakit. Untuk menarik minat para peserta hadir pada program ini,Pergerakan Wanita Dun telah membawa Pensyarah UNIsZA dan juga penceramah bebas iaitu Yang Berbahagia Ustaz Abdul Halim Awang mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu.


Khusyuk- masing-masing mendengar ceramah dengan penuh minat.

Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Khas Puast Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamaruddin Mohd. Dalam ucapan alua-aluan oleh Ketua Penyelaras Pergerakan Wanita Dun Hajah Wan Maznah Nong,beliau memberitahu bahawa Wanita Dun akan sentiasa mengadakan pelbagai program untuk bersama-sama dengan masyarakat setempat. Penglibatan Skuad Sayang iaitu skuad yang dianggotai oleh Wanita Dun sentiasa turun padang bersama-sama isteri YB untuk sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan. Beliau juga turut memaklumkan satu majlis taddarus al-quran akan diadakan di Masjid As Salam pada 18hb Ogos nanti. Beliau turut berharap agar kaum wanita akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik pada setiap progaram yang dilakukan dimana-mana temapat didalam Dun Batu Rakit.

Ustaz Abdul Halim menyampaikan ceramah bertajuk Di Ambang Ramadhan.

Sementara itu didalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim yang bertajuk Di Ambang Ramadhan, beliau menceritakan betapa bulan Ramadhan ialah penghulu segala bulan dan merupakan bula yang diturunkan al-quran. " Ini menunjukkan betapa besarnya keberkatan yang terdapat didalam bulan ini" ujar beliau.Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang sentiasa dirahmati Allah dan bukan bulan untuk ummat islam berehat.

Dari kiri ke kanan: Haji Kamaruddin Mohd,Ustaz Abdul Halim dan Hajah Nik Aini.

Beliau turut mengajak para hadirin agar sentiasa membanyakkan sedekah serta amal jariah didalam bulan ramdhan ini. "Kelebihan yang telah dijanjikan Allah dibulan puasa ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin untuk manambah amal ibadat" terang beliau lagi. Peluang untuk memperbanyakkan bacaan al quran adalah jalan yang terbaik bagi setiap insan menambah keberkatan hidup disamping beramal soleh.

Ketua Penyelaras Pergerakan Wanita Dun Batu Rakit Hajah Wan Maznah Nong menyampaikan ucapan alu-aluan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment