Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Masjid As- Salam Batu Rakit.

Mereka yang hadir hampir 300 orang bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Masjid As Salam.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 17hb Ogos 2011- Hampir 300 orang para penduduk dan jemaah Masjid As Salam Batu Rakit hadir pada Majlis Berbuka Puasa hari ini. Program yang diadakan setiap kali hari Nizul Al-Quran ini turut juga dihadiri oleh para Pengerusi JKKK sekitar.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan tahlil ini bermula pada 6.45 petang sehingga masuk waktu berbuka.

Hidangan dinikmati beramai-ramai.

Menurut Pengerusi Masjid As Salam Haji Muda Abdullah majlis ini merupakan acara tahunan yang sentiasa diadakan tiap-tiap kali pada hari Nuzul Al-Quran. Ianya juga sentiasa mendapat sumber kewangan daripada pihak Pejabat Adun dan juga sumbangan orang ramai. Beliau juga menguncapkan jutaan terima kasih kepada seluruh para jemaah dan penduduk kampung yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Dengan sokongan daripada semua pihak beliau juga berharap agar majlis seumpama ini akan berterusan menjadi salah satu tradisi bagi Masjid As-Salam.

Berdoa sebelum menikmati juadah berbuka.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment