Friday, August 12, 2011

BATU RAKIT DAPAT 5020

Kurma 012
KOTAK KURMA - Sdr Mazlan Mustaffa bawa kurma ke dalam lori
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 11 OGOS – Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit telah dipertanggungjawab pengagihan kurma dan air zam-zam kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada tahun ini.

Kurma 016
SEPAKAT - Penyelia, M.Azaha Jusoh, Penyelia APMT (berbaju putih)
      Ketua Penyelia APMT, Haji Md Ali Abdullah berkata, “seramai 5020 orang dapat terima sumbangan kerajaan negeri, hasil pendaftaran semula dengan kerjasama 31 buah JKKK dalam kawasan DUN Batu Rakit”. “Semua anggota APMT (lelaki dan perempuan) termasuk 4 orang Skim Latihan Graduan (SLG) terbabit dengan kerja-kerja edaran.”
Kurma 010
ANGKUT - M.Zaid Shafee,Pembantu APMT (berbaju merah)
      “Dua buah lori kecil terpaksa disewa bagi melicinkan proses penghantaran. Pihak Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin bertindak sebagai pemantau.” sambungnya lagi.
Kurma 014
PERHATI - Ketua Penyelia (bersongkok) bersama penghulu (dinding)
       Pengerusi JKKK bersama ahlijawatankuasa hanya menunggu di setiap peti undi (8 peti undi) untuk menerima penghantaran pada kali ini. Berbeza pada tahun-tahun sebelum, mereka perlu ambil di pejabat DUN sahaja, tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment