Monday, August 22, 2011

Batu Rakit menerima duit raya...

YB Haji Khazan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan para pertugas dan juga Pengerusi JKKK yang terlibat dalam pembahagian dana raya.

BATU RAKIT- Selama 4 hari bermula pada 15,16,18 dan 20hb pembahagian duit dana raya telah dilakukan didalam Dun Batu Rakit. Pengagihan yang dilakukan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dengan kerjasama APMT Dun,RELA dan juga anggota polis Balai Polis Batu Rakit ini telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya.

Imbang PenuhPara pembantu APMT Dun sedang mengemas kini baucer-baucer yang telah diterima.

Seramai 4,432 orang para penerima daya raya telah berjaya menerima duit raya masing - masing yang berjumlah sebanyak RM1,261,600 dengan jumlah tertinggi yang dibayar kepada JKKK Kubur Timah iaitu sebanyak RM81.100 dengan penerima sebanyak 279 orang. Manakala jumlah yang paling sedikit pula ialah JKKK Bukit Agu dengan penerima sebanyak 46 orang dan jumlah wang tunai sebanyak RM12,900.

YB Haji Khazan memberikan ucapan kepada para penerima dana raya.

Sebanyak tiga tempat pembayaran telah dibuat oleh Pusat Khidmat Dun iaitu di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit pada 15 dan 16hb,diDewan Serbaguna Wakaf Chatur pada 18hb dan diBalai Raya Kampung Baru Pulau Redang pula pada 20hb. DiDewan Sivik Pantai Batu Rakit sebanyak 15 JKKK telah dilakukan pembayaran dan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur pula sebanyak 15 JKKK juga telah terlibat.Sementara itu pula di Balai Raya Kampung Pulau Redang hanya JKKK Pulau Redang sahaja yang terlibat.

Para penduduk Pulau Redang sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.

Majlis pembahagian dana raya pada kali ini tidak melibatkan para pegawai bank dan juga pegawai daerah. Ianya diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun yang diketuai oleh Pegawai Khas Haji Kamaruddin Mohd. YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit turut bersama memantau dan juga memberikan sedikit ceramah untuk para penerima dana raya.

Ribuan penduduk beratur untuk menerima dana raya dari pertugas-pertugas yang terlibat.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh beliau,beliau berharap agar para penerima dana raya agar sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan.Menurut beliau dengan kemakmuran yang dikecapi oleh negara,ianya dapat membantu ekonomi negara berkembang dengan baik. Dan ini akan membantu kerajaan untuk memberikan bantuan kepada seluruh rakyat diatas perkembangan tersebut. Pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan samaada melalui MAIDAM,JKM,YPK untuk seluruh rakyat yang memerlukan.Beliau juga berharap agar duit yang diberi akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan menghadapi hari raya.

Para pertugas yang juga APMT Dun sibuk menyemak nama-nama penerima dana raya.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga yang terlibat didalam proses penagihan dana raya pada kali ini. "Tanpa sokongan dari semua pihak,pengagihan ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan cepat" kata beliau lagi. Terima kasih juga beliau ucapkan kepada semua penerima dana raya yang dapat memberikan kerjasama yang baik kepada seluruh para pertugas demi melicinkan proses pengagihan tersebut.

Para AJK JKKK turut sama memberikan kerjasama kepada para pertugas dana raya.

Sebahagian para penerima dana raya atau wakil yang hadir di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit untuk menerima duit raya.

APMT Dun yang terlibat membahagikan dana raya.

Pengerusi JKKK Wakaf Chagak (berbaju kuning) turut sama terlibat dalam pembahagian dana raya.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment