Saturday, August 13, 2011

ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN

SAM_1368
TERIMA SUMBANGAN - anak-anak beratur mengikut keluarga
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 12 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yasin telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 200 orang anak-anak yatim dalam kawasan DUN Batu Rakit di Dataran Bestari Wakaf Chagak dekat sini. Beliau bertindak sebagai wakil kepada Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee, Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Setiu.
SAM_1353
CERIA - bukan main gembira si anak kecil dapat sampul
     Kesemua anak yatim dipilih melalui kerjasama 30 JKKK mengikut kategori 15 tahun kebawah. Setiap JKKK telah dapat mengesan antara 1 orang hingga 6 orang dalam satu keluarga. Di samping itu, setiap JKKK telah menyenarai tidak kurang 4 orang; manakala JKKK Hilir Darat Batu Rakit mempunyai 15 orang di kalangan 4 keluarga.
SAM_1370
KENANGAN - adik Nurul Aida Fatiha Ismail 3 tahun (ayah bekas polis)
      Boleh dikatakan kesemua anak-anak yatim berwajah ceria apabila mendapat sumbangan bagi membantu sedikit perbelanjaan menjelang Aidilfitri akan datang. Begitu juga ibu-ibu mereka melahirkan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.
SAM_1354
SAMBUT SALAM - adik Mohamad Lokman Omar Baki (ayah bekas guru)
      Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Iskandar Jaafar, Pegawai Peneranan Daerah Kuala Terengganu, Sapian Haji Dabbal, Penolong Ketua Polis Balai Batu Rakit, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zaidi Sulong, Pegawai Khas kepada ADUN, Haji Kamaruddin Mohd, Pengerusi-pengerusi JKKK turut hadir sama.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment