Saturday, August 6, 2011

Berbuka bersama YB Haji Khazan di Asrama Darul Akhyar..

YDP MAIDAM Dato'Senara Muda Mazlan Hashim (berjubah putih) menuang air minuman kepada pelajar sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan (berdiri dua dari kanan) dan juga Tuan Haji Wan Harunjan (berdiri kiri sekali).


BATU RAKIT (TANJUNG) 4hb Ogos 2011- Walaupun baru empat hari berpuasa para pelajar Asrama Darul Akhyar dan kakitangannya cukup bertuah apabila telah dapat berbuka puasa bersama-sama YB Adun Batu Rakit dan juga YDP MAIDAM pada hari ini. Majlis berbuka yang diadakan di kantin Asrama Darul Akhyar ini telah berjaya menghimpunkan hampir 150 orang termasuk para pelajar seramai 100 orang.


Pelajar perempuan juga turut menerima layanan mesra oleh Dato'Senara Muda dan YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit turut bersama-sama meraikan para pelajar. Turut bersama pelajar ialah kakitangan MAIDAM negeri,Yang Dipertua MAIDAM Dato' Senara Muda Mazlan Hashim,Ketua Eksekutif MAIDAM Tuan Haji Wan Harujan Sulaiman, Pengerusi JKKK Tanjung Batu Rakit.

Para pegawai MAIDAM dan pekerja Asrama Darul Akhyar sedang mengambil juadah untuk berbuka.

Barisan VIP sedang menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Makanan telah disediakan dan menunggu waktu untuk dinikmati.

Para pelajar lelaki bersabar menanti waktu berbuka.


Sempat berbual sebelum berbuka puasa.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment