Friday, August 12, 2011

700 MEMERIAHKAN CAKNA RAKYAT

KURMA 021
TETAMU UNDANGAN - sedang mendengar ucapan
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 12 Ogos – Komuniti 1 Malaysia Wakaf Chagak telah berjaya menarik seramai 700 orang lebih bagi memeriahkan majlis di bawah Program Cakna Rakyat dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang telah diadakan di kawasan Dataran Bestari Wakaf Chagak, dekati sini.
KURMA 018
KAIN RENTANG
      Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Sapian Haji Dabbal berkata, “hasil komitmen bersama antara berbagai agensi kerajaan Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan JKKK dalam DUN Batu Rakit selain APMT,  tanpa diduga sambutan amat baik dan inilah kejayaan utama Komuniti 1 Malaysia Wakaf Chagak.”
KURMA 020
BERUCAP - PPD Kuala Terengganu, Sapian Hj Dabbal
      “Tahniah kepada pengerusi Komuniti 1 Malaysia Wakaf Chagak bersama ahlijawatankuasa kerana telah dapat mengadakan aktiviti tahunan pada setiap bulan Ramadhan”, tambahnya lagi. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah menyokong program-program anjuran Komuniti 1 Malaysia terutama pada hari ini”. katanya.
KURMA 023
      Semua tetamu telah berkesempatan berbuka puasa dengan menjamu nasi beriani yang telah ditempah khas pada kali ini. Sebelum itu , penyampaian sumbangan kepada warga emas, anak yatim dan orang istimewa dalam DUN Batu Rakit oleh Dato Haji Abd Rahman Yasin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu mewakili Ahli Parlimen Setiu.

No comments:

Post a Comment