Tuesday, August 23, 2011

Sumbangan Persediaan Hari Raya..

Dato' Haji Mohd Jidin Shafie menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima keluarga miskin sambil diperhatikan oleh Ketua Puteri Bahagian Puan Rosnari Awang Ngah dan Ketua Penerangan UMNO Setiu Dato'Haji Abdul Rahman Mat Yasiin (kanan sekali).

BATU RAKIT (PADANG POLIS 21hb Ogos 2011- Seramai 60 orang para penduduk yang terdiri daripada warga emas,ibu tunggal,keluarga miskin dan juga OKU telah menerima sumbangan yang berupa bantuan persediaan hari raya dari YB Dato'Haji Mohd Jidin Shafie Ahli Parlimen Setiu merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini,

Salah seorang warga emas menerima bantuan persediaan raya dari Dato'Mohd Jidin.

Majlis yang diadakan oleh JKKK Padang Polis ini turut melibatkan JKKK Pengkalan Atap dan juga KRT Pekan Batu Rakit Utara.Seramai 29 orang warga emas,19 orang keluarga miskin,9 orang ibu tunggal dan 3 orang OKU telah merasai bantuan persediaan hari raya ini,

Dato' Mohd Jidin menyampaikan ucapan untuk para penerima sumbangan persediaan raya.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah,program pemberian sumbangan persediaan raya ini merupakan acara tahunan. Ianya juga akan terus diadakan selagi ada sumbangan dan sokongan dari pelbagai pihak untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana semakin ramai yang boleh dibantu oleh pihak JKKK kerana banyak pihak telah memberikan sokongan untuk menjalankan program amalo seperti ini,

Para penerima bantuan persediaan hari raya sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dato'Mohd Jidin.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment