Friday, August 19, 2011

Beramah mesra bersama pelajar-pelajar IPTA dan IPTS Dun Batu Rakit (Majlis Berbuka Puasa)

YB Haji Khazan Che Mat beramah mesra bersama-sama para pelajar lelaki.

BATU RAKIT 18hb Ogos 2011- Satu majlis berbuka puasa antara para pelajar IPTA dan IPTS dalam Dun Batu Rakit bersama-sama YB Haji Khazan Che Mat telah diadakan di BB Seafood Garden,Gong Badak hari ini.Majlis yang dihadiri seramai 120 orang para pelajar telah bermula pada jam 6.00 petang dan telah berakhir pada jam 7.45 malam.

YB Haji Khazan bertanya khabar dengan para pelajar perempuan sambil diiringi oleh Penyelaras Program Encik Zaidi (berdiri kiri).

Menurut Penyelaras program Encik Zaidi Mohamad,tujuan majlis ini ialah untuk merapatkan lagi para pelajar IPTA atau IPTS dengan para pemimpin. Dengan adanya program seumpama ini ianya dapat mendekatkan lagi kemesraan antara para pemimpin dan juga pelajar-pelajar untuk terus berkomunikasi dan meluahkan segala masaalah yang berlaku.Beliau juga turut memuji sikap YB Haji Khazan yang sentiasa mengambil sikap cakna rakyat dan sentiasa berdamping dengan para pelajar."Walaupun beliau sibuk dengan tugas dan komitmen kepada kerajaan negeri tapi ada ketika beliau masih sempat untuk beramah mesra dengan para pelajar. Sikap begini akan membuatkan para pelajar tidak akan terasa terpinggir dikalangan para pemimpin kerajaan" kata beliau lagi.

Para pelajar yang hadir untuk bersama-sama berbuka puasa dengan YB Haji Khazan.

Sementara itu dalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh YB Haji Khazan, beliau amat berbangga kerana telah ramai anak-anak Batu Rakit kini melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia."Ini menunjukkan betapa pelajaran kini telah menjadi satu perkara yang penting dan sentiasa menjadi keutamaan kepada para ibubapa dan para pelajar untuk terus berjaya dimasa hadapan" kata beliau.Beliau juga berharap agar para pelajar dapat belajar dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan demi masa depan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Ketua Balai Polis Batu Rakit (kiri) bersama-sama YB Haji Khazan.

Beliau juga menekan betapa kerajaan kini telah banyak menyalurkan bantuan didalam bidang pelajaran demi melahirkan para pelajar yang lebih berjaya. Pelbagai inesitif telah diberikan oleh kerajaan untuk melahirkan para pemimpin yang berilmu dan dapat menjaga sesebuah kerajaan dengan baik dimasa hadapan. Beliau juga turut membandingkan betapa masa dahulu dan kini suasana pembelajaran telah banyak berubah. Dan untuk seseorang itu lebih berjaya,usaha demi usaha perlu dipertingkatkan agar mereka terus mencapai kejayaan."Dengan persaingan untuk berjaya dan maju lebih hebat dimasa kini,maka para pelajar perlulah mempertingkatkan segala usaha demi mengejar kejayaan"ujar beliau lagi.

Wakil Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat dan Encik Ambak Ismail (kanan).

Diakhir ucapan beliau,beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh yang hadir pada majlis ini. Beliau juga berharap agar para pelajar akan terus berjaya demi menjadikan negara lebih maju dimasa hadapan. "Dengan kejayaan yang dikecapi,ianya dapat membangunkan bangsa,agama dan juga negara" akhiri beliau sebelum majlis beliau sebelum masuk waktu berbuka.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pelajar yang hadir memeriahkan program berbuka.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Hanif Abdullah,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,Ketua Balai Polis Batu Rakit, wakil-wakil Pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri Umno Dun dan juga Penyelia APMT Dun Batu Rakit Encik Azahar Jusoh.

Para pelajar gembira dapat menghadiri majlis berbuka bersama YB Haji Khazan.

Wakil-wakil dari Pergerakan Wanita,Puteri dan APMT Dun turut bersama hadir memeriahkan majlis berbuka.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment