Thursday, August 4, 2011

Rezeki Ramadhan...

Ketua Eksekutif MAIDAM Tuan Haji Wan Harunjan Sulaiman (kanan) menyerahkan enjin bot untuk Encik Mat Rani Abd.Rahman (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat (kiri).

BATU RAKIT (KUBUR TIMAH) 5hb Ogos 2011- Kehadiran Ramadhan 1432H ini sangat bermakna bagi Encik Mat Rani Abd.Rahman (gambar kecil dibawah) kerana apa yang telah dihajati selama ini untuk mempunyai enjin bot telah ditunaikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Beliau yang berumur 54 tahun dan tinggal seorang diri disebuah rumah yang tidak berapa sempurna melahirkan rasa syukur kerana impian untuk beliau kelaut dengan enjin dan bot sendiri akhirnya tercapai. Menurut beliau,apa yang beliau impikan selama ini telah diperkenankan dan beliau merasa sangat terharu diatas keperihatinan yang ditunjukkan oleh YB Haji Khazan. "Tanpa sokongan dari beliau,mungkin keinginan untuk memiliki enjin dan bot sendiri tidak akan tercapai"kata beliau. Dengan adanya enjin yang diberikan oleh pihak
MAIDAM ini,beliau juga berharap agar dapat menambah pendapatan yang lebih
baik untuk menyara kehidupan beliau.Beliau juga mengucapakn terima kasih yang tidak terhingga diatas pemberian enjin tersebut kepada semua pihak yang terlibat khususnya MAIDAM dan juga YB Haji Khazan.
Sementara itu bagi pihak MAIDAM pula,Tuan Haji Wan Harunjan selaku Ketua Eksekutif MAIDAM berharap agar penerima dapat mengunakan apa yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin. Beliau juga turut melahirkan rasa syukur kerana Dun Batu Rakit mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa mengambil cakna terhadap kesusahan yang dialami oleh para penduduk. "Dengan sokongan dari pihak YB,kami akan sentiasa mengutamakan setiap langkah yang diberikan oleh pihak YB" kata beliau.Beliau juga berharap agar tidak akan berlaku lagi cerita-cerita seperti menjual bot atau enjin bot seperti yang berlaku sebelum ini."Gunakanlah apa yang diberi itu untuk menambah pendapatan demi kesenangan dimasa depan" ujur beliau lagi.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

1 comment: