Thursday, April 21, 2011

Sejarah Tercipta..Bukit Wan Juara Peringkat Negeri..

AJK JKKK Bukit Wan bergambar kenangan bersama-sama YB Haji Khazan Che Mat (tengah), para Pegawai dari Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Kuala Terengganu.

20hb April 2011. Sejarah untuk Dun Batu Rakit tercipta lagi. Selepas melahirkan pelajar terbaik bagi negeri Terengganu kini giliran Kampung Bukit Wan pula mengharumkan nama Batu Rakit keseluruh Terengganu. Dinobatkan sebagai juara pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu bagi Ketegori Luar Kawasan Operasi telah berjaya dicapai oleh keseluruhan para penduduk Kampung Bukit Wan. Majlis Penyampaian Hadiah yang di lakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Meteri Besar Terengganu berlangsung di Perumahan Awan Kos Rendah Bukit Sawa ini telah menitikkan nokhtah yang terbaik bagi para penduduk Bukit Wan. Usaha dan sikap kerjasama yang dicurahkan amat berbalaoi dan memberikan kegembiraan yang tidak terhingga diwajah-wajah para penduduk Kampung Bukit Wan yang turut hadir pada majlis ini.

Para penduduk Kampung Bukit Wan yang hadir bergambar kenangan bersama piala kemenangan.

Dalam pertandingan ini Kampung Bukit Wan telah disaingi hebat oleh Kampung Tok Dor yang mendapat tempat kedua dan Kampung Tanjung dari Hulu Terengganu mendapat tempat ketiga. Terdapat dua ketegori yang dipertandingkan pada tahun 2010 ini iaitu Ketegori Luar Kawasan Operasi dan Kategori Dalam Kawasan Operasi. Kejayaan dinobatkan juara telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00,geran pembangunan sebanyak RM100,000.00,piala pusingan dan juga lawatan ke Australia.

Barisan JKKK Bukit Wan bersama replika cek dan piala kemenangan bergambar bersama Dato' Seri Menteri Besar (tiga dari kanan)Setiusaha Kerajaan Negeri (enam dari kiri) dan YB Haji Khazan (lima dari kiri).

Bagi tempat kedua pula pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,500.00,geran pembangunan yang bernilai RM75,000.00 dan juga lawatan ke Beijing. Manakala ditempat ketiga pula hadih wang tunai bernilai RM5,000.00,geran pembangunan sebanyak RM50,000.00 dan lawatan ke Sanghai telah dibawa pulang oleh pemenangnya.
Bagi Dun Batu Rakit sebanyak empat lagi JKKK telah berjaya memenangi hadiah saguhati daripada Yang Amat Berhormat Dato'Seri Menteri Besar. Antara JKKK tersebut ialah JKKK Wakaf Chatur,JKKK Padang Polis,JKKK Bukit Nenasi dan juga JKKK RAKR Mengabang Lekur.

Para Pegawai Pejabat Daerah dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Kuala Terengganu yang hadir bersama.

Bagi ketegori Dalam Kawasan Operasi pula Perumahan Awan Kos Rendah Bukit Sawa telah berjaya muncul sebagai juara,diikuti JKKK Gutong Luar dari Setiu tempat kedua dan JKKK Medan Jaya dari Marang tempat ketiga. Kesemua penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Hazmi Ali (berbaju merah) menerima hadiah saguhati dari Menteri Besar.

Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Nenasi Encik Deraman Mohamad (kanan) menerima hadiah saguhati daripada Menteri Besar.

Haji Kamarudin Hamed (berbaju biru) Pengerusi JKKK RAKR Mengabang Lekur menerima hadiah dari Dato'Seri Menteri Besar.

Haji Muda Abdullah (berbaju petak) Pengerusi JKKK Padang Polis menerima hadiah saguhati daripada Menteri Besar.

Barisan tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini.
Penolong Pengarah APMT Negeri Encik Ab.Latif Awang (berbaju putih) turut hadir memeriahkan majlis.

AJK JKKK Bukit Wan mendengar ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar.

Yang Amat Berhormat Dato'Seri Haji Ahmad bin Said (tengah) Menteri Besar Terengganu bersama tetamu- tetamu VIP.

Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri YB Haji Khazan Che Mat (kiri sekali) turut hadir bersama.

Dato' Seri Menteri Besar bersalaman dengan AJK JKKK Bukit Wan.

Menteri Besar (depan) melawat kitchen garden di kawasan Tadika Perumahan Awan Kos Rendah Bukit Sawa.

Barisan JKKK Bukit Wan bersama Penghulu Kanan Haji Wan Sulaiman (kanan sekali)

Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu diiringi semasa ketibaan beliau ke tempat majlis.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment