Sunday, April 17, 2011

MANGSA RUMAH TERBAKAR DAPAT BANTUAN..

cek maidam 016
Oleh : Mohamad Abdullah

BATU RAKIT, 17 APRIL – Mangsa rumah terbakar, Encik Zulkefli bin Draman dari Kg Padang Polis dekat sini telah menerima bantuan daripada pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini.

Cek bernilai RM5,000.00 telah disampaikan oleh Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Haji Md Ali bin Abdullah di Pejabat APMT DUN Batu Rakit sebagai wakil yang diamanahkan oleh pihak MAIDAM.

Encik Zulkefli melahirkan rasa terharu di atas daya usaha Ketua Penyelia APMT Batu Rakit melapor dan membuat permohonan bagi pihaknya kepada pihak MAIDAM sehingga membuahkan hasil sebagaimana penerimaannya sebentar tadi.

Beliau amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana telah meluluskan peruntukan rumah bina baru yang bernilai RM33,000.00 melalui Tabung Warisan Negeri.

Rumah beliau didapati tebakar pada jam 3.40 petang 14 Mac yang lalu sewaktu beliau dan isteri berada di tempat kerja. Kerugian yang dialaminya mencecah RM100,000.00.

Beliau yang mempunyai 3 orang anak dan isteri kini menumpang tinggal bersama ibunya Puan Wook binti Mat Zain di kampung berkenaan.

No comments:

Post a Comment