Saturday, April 9, 2011

Jalinan Mesra YB Haji Khazan bersama penduduk Pulau Redang

Para penduduk kampung yang hadir untuk mendengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang dibawakan oleh Tabung Haji yang bertajuk Ibadah Haji Menjana Ekonomi.

BATU RAKIT (PULAU REDANG) 7hb April 2011- Demi mengalakkan agar lebih ramai para penduduk Kampung Baru Pulau Redang menunaikan ibadat haji di Mekah,YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri telah menyumbangkan sebanyak RM1000.00 kepada Tabung Haji Berhad untuk membuka akaun Tabung Haji penduduk dan juga pelajar sekolah. Selama tiga hari pihak Tabung Haji telah berkampung di Pulau Redang untuk memberikan khidmat kepada para penduduk kampung.

Pegawai-pegawai dan Pengarah Tabung Haji Tuan Haji Mohzani Mokhtar (duduk tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (duduk tengah) dan ahli panel forum serta yang terlibat menjayakan Program Jalinan Mesra.

Program yang dikenali sebagai Jalinan Mesra YB Haji Khazan bersama penduduk Pulau Redang ini telah juga dianjurkan oleh pihak Tabung Haji Berhad yang mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit sepenuhnya. Dengan setiap persiapan program telah diatur dengan sebaik mungkin oleh pihak Tabung Haji. Dalam program ini pihak Tabung Haji telah mengatur satu langkah untuk memudahkan para penduduk membuka akaun tabung haji. Kaunter pendaftaran yang dibuka dan pergi rumah ke rumah telah menunjukkan sikap kerja yang bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang dicadangkan.

Pengarah Tabung Haji Berhad Tuan Haji Mohzani Mokhtar (kiri) menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB Haji Khazan.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Tabung Haji Berhad Tuan Haji Mohzani Mokhtar,beliau berharap agar program ini dapat menjadikan Pulau Redang salah satu pulau yang pertama penduduknya menjadi ahli Tabung Haji seratus peratus. "Dengan program turun padang yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji ini,saya berharap agar seluruh penduduk mengambil kesempatan dan peluang ini untuk menjadi ahli tabung haji tanpa pergi ke Tanah Besar untuk mendaftar"katanya. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Haji Khazan keran sudi menyumbang wang pendaftaran untuk menjadi ahli tabung haji untuk penduduk Pulau Redang. Menurut beliau lagi ini adalah satu rahmat yang perlu dihargai dan digunakan sebaik mungkin oleh para penduduk Pulau Redang untuk mendaftar dengan Tabung Haji.Dengan kos sebanyak RM9,000.00 lebih bagi mereka yang pertama kali mengerjakan haji,ini merupakan peluang terbaik untuk para penduduk memulakan tabungan didalam akaun tabung haji.

Panel Forum Perdana Ustaz Haji Abdul Halim Awang (kanan) menerima cenderahati dari YB Haji Khazan.

Dalam program selama tiga hari ini,pihak Tabung Haji juga telah mengadakan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang dianggotai oleh Ustaz Haji Abdul Halim Awang Pensyarah UNIsZA yang juga merupakan bekas Timbalan Mufti Negeri. Beliau jua merupakan Pemimpin Ibadat diJabatan Tabung Haji. Turut serta sebagai ahli panel pada forum ini ialah Pegawai Agama Daerah Setiu Tuan Haji Mokhtar bin Salleh. Tajuk yang disampaikan dalam forum ini ialah Ibadat Haji Menjana Ekonomi.

YB Haji Kazan menyerahkan replika cek tajaan untuk para penduduk membuka akaun tabung haji kepada Pengarah Tabung Haji (kiri)

Dalam majlis ini juga YB Haji Khazan turut mencerahkan replika cek sebagai tanda gimik untuk bantuan kepada para penduduk membuka akaun ahli tabung haji. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan pula,beliau berbangga kerana program yang telah dibincangkan selama berbulan-bulan akhirnya telah berjaya dilaksana dengan kerjasama dari seluruh agensi yang terbabit. Beliau juga berharap agar dengan kemudahan yang telah diberi,akan memberikan semangat yang baik untuk para penduduk Pulau Redang mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti. Beliau juga berharap agar lebih ramai lagi dikalangan para penduduk Pulau Redang akan menunaikan haji. "Dengan cara yang begini kita akan meningkatkan jemaah haji dikalangan penduduk Pulau Redang" katanya.

YB Haji Khazan menurunkan tandatangan diatas replika cek sebelum majlis penyerahan sebagai gimik tajaan untuk buka akaun Tabung Haji.

Beliau juga turut mengucapkan terimakasih kepada Tabung Haji kerana telah berjaya hadir ke Pulau Redang untuk menjayakan program yang amat bermakna bagi seluruh para penduduk. Dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh pijhakyang mrnjayakan program ini seperti Balai Polis Pulau Redang yang diketuai oleh Sarjan Mejar Encik Awang Alias,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang Encik Joni Mohamad,Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad dan juga Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim.

Pengerusi Forum Perdana (kiri) bersama ahli panel Ustaz Haji Abdul Halim Awang (tengah) dan Ustaz Haji Mokhtar Salleh.

Turut bersama menjayakan program ini ilah pihak PNB dan juga Jabatan Penerang Negeri. Program perasmian dan Jalinan Mesra ini telah bermula jam 9.00 malam dan telah berakhir pada jam 11.30 malam. Seramai hampir 250 orang para penduduk Pulau Redang telah hadir untuk bersama-sama mendengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Sambutan yang menggalakan dari para penduduk telah meningkatkan keyakinan untuk terus mengadakan program-program seumpama ini dimasa hadapan.

Pengerusi JKKK Kampung Baru Pulau Redang Haji Lading (kanan) turut bersama hadir mendengar Forum Perdana.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Tidak kira kecil besar tua dan muda para penduduk Pulau Redang hadir bersama-sama untuk mendengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Pengarah Tabung Haji Berhad Tuan Haji Mohzani Mokhtar menyampaikan ucapan alua-alaun dan penghargaan.

YB Haji Khazan (kiri) bersama Pengarah Tabung Haji (tengah) dan Pegawai Pemasaran Tabung Haji Haji Adnan Salleh (kanan).

YB Haji Khazan turut sama mendengar taklimat program Tabung Haji yang akan dijalankan selama berada di Pulau Redang.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment