Monday, April 18, 2011

Cakna Rakyat...APMT Dun dan Skuad Sayang terus bergerak...

Skuad Sayang dan Apmt Dun bergambar kenangan bersama Raja Badariah (berkerusi roda) dan Puan Hajah Nik Aini Nik Soh (duduk kiri).

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 14hb April 2011- Sikap cakna rakyat yang memerlukan pertolongan dan bantuan sentiasa diutamakan oleh isteri YB Haji Khazan Che Mat. Bersama-sama APMT Dun dan Skuad Sayang,Puan Nik Aini Nik Soh terus bergerak dalam kerja-kerja amal dalam Cakna Rayat. Selepas Peti Undi Bukit Chempaka, Peti Undi Padang Kemunting pula telah dilawati dan diziarahi.

Raja Badariah Raja Berahim (39 tahun)

Nik Aini menyampaikan sumbangan kepada Guru Al-Quran Mat Nasir Taib.

Di Peti Undi Padang Kemunting 3 orang yang terdiri dari pesakit warga emas,pesakit kronik dan warga emas telah menjadi kunjungan Puan Hajah Nik Aini untuk diberikan sumbangan. Bagi Cawangan Tanjung Kedepan Kalsom binti Mamat yang berusia 83 tahun dan mengalami sakit lumpuh telah mendapat perhatian dari Puan Hajah Nik Aini dan rombongan. Beliau yang dijaga oleh anaknya telah mengalami penyakit itu selama dua tahun. Beliau hanya terbaring diatas tilam dan segala keperluan diuruskan oleh anak-anak beliau.

Manakala di Cawangan Padang Kemunting pula seorang guru yang mengajar Al-Quran Mat Nasir bin Taib berusia 82 tahun telah diziarahi. Beliau yang mengalami masaalah kesihatan tetap bersemangat menerima kunjungan Puan Hajah Nik Aini. kesempatan yang datang itu telah digunakan oleh beliau untuk beramah mesra dan menceritakan pengalaman hidup beliau sebagai guru Al-Quran. Beliau juga mengalami masaalah penglihatan dan kini telah berhenti dari mengajar Al-Quran.
Mat Nasir Taib (82 tahun)


Nik Aini (bertudung merah) menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik Kalsom Mamat( terbaring).

Sementara itu pula bagi Cawangan Gelong Gajah Raja Badariah Raja Berahim yang berusia 39 tahun dan mengalami sakit lumpuh telah menerima kunjungan
ziarah Puan Hajah Nik Aini dan rombongan Cakna Rakyat.Beliau yang mengalami bengkak sendi selepas melahirkan anak yang pertama telah mengalami penyakit itu selama 6 tahun. Dengan berkerusi roda beliau banyak dibantu oleh ibu dan adik-adik untuk menguruskan segala keperluan harian. Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh keluarga tersebut juga mendapat pujian dari Nik Aini.

Kalsom Mamat (83 tahun)

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment